Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 24, 2019 @ 3:13pm

Rumah Tangga Fizo Omar- Mawar Bergolak?

Pelakon Fizo Omar enggan mengulas dakwaan masalah rumah tangga bersama isterinya Mawar Abdul Karim kini dilanda masalah.

Fizo, 34, memohon maaf kerana belum tiba masa untuk menghebahkan perihal rumah tangganya kepada umum, lapor Harian Metro.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan. Buat masa ini lebih baik saya tidak beri sebarang komen.

“Saya akan tampil memberi penjelasan kepada semua pihak apabila sampai masanya nanti,” katanya.

Kelmarin, Mawar, 30, dikatakan sudah menemui peguamnya untuk mendapatkan nasihat berhubung masalah rumah tangga.

Pelakon filem “Cinderella” dilaporkan meraikan Syawal tahun ini di Kelantan manakala isteri dan anaknya Wan Maryam di Pulau Pinang.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Oct 2023
Hiburan Mon, 16 Jan 2023
Hiburan Fri, 9 Mar 2018

Altimet Nafi Serang Malique?

Namun menurut Altimet atau nama sebenarnya, Ahmad Abdul Rahman beliau menafikan bahawa single terbarunya yang berjudul  Mambang ini ada kaitan dengan Malique

Hiburan Wed, 12 Feb 2025
Hiburan Fri, 31 May 2024
Featured Thu, 12 Mar 2026

“Kalau Sekali Dua Lewat Tak Apa, Tapi Kalau Hari-Hari Itu Kurang Ajar” – Rosyam Nor Tegur Sikap Pelakon Datang Lambat

Pelakon versatile, Datuk Rosyam Nor berkongsi pandangan peribadinya mengenai isu pelakon yang didakwa datang lambat ke set penggambaran.

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

#daiTV3 : Siapakah Yang Bakal Berentap Di Pusingan Akhir Pentas Da’i Musim Ke-6?

Pastinya, pusingan separuh akhir pentas pencarian pendakwah nusantara musim ke-6 pada minggu ke-10 ini nyata akan memberikan persaingan sengit diantara barisan pendakwah kita.  Mana taknya, kalau pada minggu lepas sahaja juri telah mengeluarkan kenyataan mahu […]

Hiburan Thu, 23 Apr 2026
Events Sat, 22 Jan 2022
error: Content is protected !!