Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 2, 2019 @ 5:20pm

‘Dengar Ni Baba Nak Pesan’…Korang Dah Layan ‘Yang Mano’ Ke Belum?

Baru sahaja menamatkan tugas sebagai penyampai radio awal tahun lalu, pelawak dan pengacara terkenal Ajak Shiro terus mengatur langkah baru dalam arena muzik.

Selepas tampil dengan single pertama Ging Gang Guli kira-kira setahun yang lalu, kini Juara Maharajalawak Mega 2019 ini tampil dengan single kedua yang berjudul Yang Mano.

Yang Mano dicipta oleh gabungan komposer dan rapper terkenal Altimet bersama komposer berbakat besar Ezra Kong. Lagu ini mengisahkan tentang pesanan seorang bapa kepada anak lelakinya dalam memilih pasangan hidup di mana bapanya berpesan supaya memilih calon seperti ibunya dan rentaknya berunsur catchy yang boleh diterima semua lapisan masyarakat.

Video muzik rasmi ‘Yang Mano’ membawa konsep ‘catchy’ dan menyelitkan unsur komedi selari dengan Ajak. Ajak menampilkan diri sebagai Baba (seorang bapa) yang sesuai dengan isi kandungan video muzik rasmi ini.

Video muzik rasmi ‘Yang Mano’ boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia manakala single ‘Yang Mano’ merupakan terbitan Warner Music Malaysia boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 12 April 2019 yang lepas.

Pautan untuk single ‘Yang Mano’: https://wmm.lnk.to/ajak. Pautan untuk video muzik rasmi ‘Yang Mano’: https://youtu.be/KsboGjc5wI0

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Dec 2019

谢承伟陈慧恬化身一日店长!1221「驻守」双威伟乐城大众书局

「微笑大使」Rickman谢承伟和Orange陈慧恬化身一日店长,来临周六「驻守」双威伟乐城大众书局,与大众们近距离互动玩游戏!

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Siti Nordiana Terpaksa Berkorban Masa Rehatnya Demi…

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah hidup sebagai seorang anak seni. Selagi masih ada tawaran maka mereka akan sedaya upaya merebut peluang untuk memenuhi kehendak pengarah ataupun penerbit

Hiburan Thu, 8 Aug 2024
Hiburan Fri, 30 Jan 2026

“Rezeki Orang Jangan Dipertikai, Nanti Makan Diri” – Nur Fazura

Fazura mengingatkan agar netizen tidak mudah berprasangka buruk terhadap kejayaan orang lain

Hiburan Thu, 12 Dec 2019

Faizal Tahir Cipta Lagu Baru Untuk Siapa Di Mentor Millenia?

Lagu Faizal Tahir untuk siapa ya? Jangan lupa saksikan Mentor Milenia Akhir pada Ahad ini jam 9 malam di TV3! 

Featured Wed, 7 Sep 2022
Hiburan Sun, 7 Apr 2019

Anugerah DFKL 2019 Malam Ini, Siapa Pilihan Korang?

Malam Anugerah DFKL 2019 bersiaran langsung pada 7 April (malam ini) dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Rancangan ini juga boleh ditonton secara langsung menerusi portal video www.tonton.com.my.

error: Content is protected !!