Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal July 7, 2019 @ 10:54am

‘Tiada Istilah Kalah Menang…’- DS Vida Mohon Maaf Kepada Aishah

Susulan kontroversi hadiah berlian palsu, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah.

Vida membacakan permohonan maaf semalam di kediamannya di Ipoh seperti yang termaktub dalam keputusan bersama sewaktu sesi mediasi yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Sivil 11 Kuala Lumpur, 1 Julai lalu.

“Saya, Datuk Seri Vida secara terbuka memohon maaf kepada Wan Aishah Binti Wan Ariffin atas representasi salah terhadap hadiah barang kemas tambahan Gegar Vaganza 4.

“Semoga apa yang saya buat ini memberi kegembiraan kepada mereka yang menerima dan mereka yang menantikan keputusan daripada dulu sampailah sekarang, dah setahun lebih.

“Di sini saya ingatkan tiada istilah kalah menang tapi atas persetujuan bersama lahirlah tiga keputusan yang saya rasa walaupun nampak macam tak kisah tapi bagi saya dengan hati yang ikhlas dan rela,” katanya.

Terdahulu, Aishah telah mengadakan sidang akhbar memaklumkan bahawa Vida akan membayar harga barang kemas yang dipilihnya berjumlah RM80,000 dan membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap dirinya sebelum atau pada 17 Julai ini.

Ia susulan kemenangan Aishah dalam program realiti Gegar Vaganza 4 yang mendakwa Vida memberi hadiah kemenangan tempat pertamanya seutas gelang palsu.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Mon, 23 Jul 2018

#JommenangXtra : Menang Hadiah Eksklusif Dengan Menonton Rancangan Menarik Di Bananana!

Pastinya kanak-kanak akan tertunggu-tunggu apakah agaknya rancangan kartun yang akan disajikan kepada mereka bukan? So, sempena musim cuti persekolahan yang bakal tiba tidak lama lagi, kami di tonton akan siarkan beberapa kartun menarik yang pastinya dapat memenuhi selera anak-anak anda di luar sana!

Hiburan Fri, 29 Aug 2025
Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Featured Sat, 20 Dec 2025

“Saya Tak Rela Anak Saya Dipukul Hari-Hari” – Bapa Uqasha Senrose Desak Kamal Adli Ceraikan Isteri

Nik Sen menggesa agar Kamal melepaskan anaknya sekali gus menamatkan perkahwinan mereka.

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Kontroversi Alasan Nama Suhaimi Saad Digugurkan Buat Persembahan?

Akui SS, Sabar dan Reda adalah kemenangan terbesar…

Featured Mon, 15 Jul 2024
error: Content is protected !!