Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas July 11, 2019 @ 6:10pm

‘Takut Dengan Tuhan Bukan Netizen’- Noh Hujan Sound Siapa?

Mungkin disebabkan aktiviti amal yang pernah disertai seterusnya dikongsi di media sosial, ramai netizen menyifatkan penyanyi Noh Hujan tidak lagi seperti dulu.

Noh ketika ditemui Xtra, memaklumkan dia masih Noh yang terus membawakan lagu berunsur Rock & Roll.

“Bila saya jumpa fans je, pasti tanya ‘Noh kenapa lama tak keluar televisyen’.

“Ada juga yang tanya kenapa saya tidak membawakan lagu Islamik. Soalan saya di sini, mengapa saya perlu memenuhi selera orang sehingga perlu ketepi kepuasan sendiri.

“Saya tak perlu jadi orang lain. Di Malaysia ini, lebih ramai orang takut dengan netizen berbanding Tuhan,” katanya yang selesa menjadi diri sendiri.

Penyanyi yang popular dengan lagu Angin Kencang ini juga memaklumkan populariti bukan lagi kepentingan dalam hidupnya.

“Saya lebih pentingkan keseimbangan. Saya sudah set waktu untuk muzik dalam diri hanya 30% sahaja selebihnya untuk keluarga dan kerja amal.

“Kalau saya all out untuk hiburan, apa yang tinggal? Dunia ini kejap sahaja.

“Saya sudah rasa zaman di atas. Sudah sampai masa saya beri semula kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui di sidang media jelajah Pemacu Api 2019 bersama pemuzik Toko Kilat.

Jelajah Pemacu Api 2019 akan diadakan di tiga negeri bermula di Pulau Pinang (17 Ogos), Johor Bahru (24 Ogos) dan berakhir di The Gasket Alley, Petaling Jaya pada 14 September 2019.

Layari laman web www.tokokilatband.com untuk pembelian tiket berharga RM50 (pintu masuk) sementara harga untuk pembelian awal ialah RM30 dan pra jualan RM40.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Apr 2026

Dikritik Biadab, Cik B Bidas Kenyataan Iqbal Zulkefli – “Dia Yang Mula, Bila Balas Marah Pula”

Cik B tidak menyembunyikan rasa berang apabila Iqbal menyentuh hal berkaitan ibunya.

Hiburan Sun, 20 Oct 2019

Kak Lina Pom Pom Dirisik! “Izinkan Aku Merasa Detik Ini”

Lima majlis kan? Satu dah pun selesai…Alhamdullillah.

Hiburan Mon, 27 Jan 2025

Muna Shahirah Berdangdut Dengan Lagu Datanglah Sayang

Muna Shahirah cabar diri bawa genre dangdut

Featured Thu, 7 Apr 2022
Hiburan Sat, 24 Nov 2018

Tolonglah Henti Label Orang Gemuk ‘Power’ Ke Tak, Ini Pesan Abam Buat Netizen!

Orang ‘power’ pun jika Allah tak izinkan, buatlah cara macam mana sekalipun tak dapat juga.

error: Content is protected !!