Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd July 15, 2019 @ 5:03pm

Lelaki Gila Seks Cabul Kanak-Kanak Di Kedai Runcit, Suspek Kini Diburu Polis

Sebuah video yang tular di laman Twitter memaparkan seorang lelaki tidak dikenali mencabul seorang kanak-kanak kini diburu pihak polis. 

Dalam rakaman video CCTV di sebuah pasar raya di Country Homes, Rawang , seorang lelaki dipercayai berusia pertengahan 30 an berpakaian serba hitam mendekati seorang kanak-kanak perempuan sebelum membuka seluar dan bertindak mencabul kanak-kanak itu dengan mendekatkan kemaluannya ke arah belakang mangsa.

Kanak-kanak tersebut dipercayai masih dibangku sekolah berikutan uniform sekolah yang dipakainya.

Dalam kejadian itu, kanak-kanak perempuan tersebut dilihat sedang sibuk memilih barangan runcit bersama adiknya yang masih kecil.

Tindakan lelaki itu buat kali kedua mengundang kemarahan kanak-kanak itu dan dia bersama adiknya bergegas keluar daripada kedai tersebut.

Bapa Buat Laporan Kejadian

Menurut Harian Metro, bapa kepada kanak-kanak tersebut telah membuat laporan kepada pihak polis mengenai kejadian tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 201.

Buat ibu bapa yang mempunyai anak perempuan kecil, jangan biarkan anak anda keluar keseorangan ataupun berteman dengan adik perempuan yang masih kecil di kedai runcit atau di luar. Dunia sekarang ni pelbagai jenis ragam manusia yang kita jumpa terutama lelaki pervert dan gila seks. Awas!

Saksikan video kejadian tersebut di bawah

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 31 Jul 2025

Syamel, Ernie Zakri Janji Persembahan Penuh Jiwa Di Ambang Tahun Baharu – “Malam Sarat Emosi, Penuh Nostalgia”

Ernie Zakri, Syamel janji beri persembahan luar biasa secara intimate di konsert ambang tahun baru

Featured Tue, 21 Mar 2023

Fail Nusyuz, Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Suami Orang… Kesal Difitnah Abai Nafkah

Siapa yang boleh terima kalau mengetahui isteri kita ada berhubungan dengan suami orang?- Syamsul Yusof

Featured Wed, 19 Jun 2024

Video Shopping Abaya Tular, Netizen Siap Komen Baby Bump Siti Hajaar Dah Makin Besar?

Wal, tahniah! Patut Hajaar makin comel dan berseri-seri❤️🥰

Featured Fri, 17 Mar 2023
error: Content is protected !!