Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 18, 2019 @ 9:30am

Sibuk Bisnes, Neelofa Umum Tarik Diri

Pengacara terkenal, Neelofa umum tarik diri dalam pencalonan penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-32 (ABPBH32).

Menerusi sebuah kenyataan media, Neelofa atau lebih popular dengan panggilan Lofa memberitahu dia menarik diri atas masalah kesibukan dengan perniagaannya.

“Lofa pasti, acara berprestij tersebut akan disambut dengan penuh gemilang-gemilang. Begitupun, dengan rasa rendah hati, Lofa ingin mengumumkan penarikan diri daripada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk edisi ini dan juga edisi akan datang.

“Buat masa ini, Lofa agak sibuk dengan penjenamaan semula Naelofar Hijab dan beberapa hal berkaitan perniagaan. Justeru, agak sukar untuk menyeimbangkan karier seni dan bisnes,”katanya.

Akui Lofa, dia tidak menarik diri selamanya cuma dia berkemungkinan akan berehat dari penyertaan pada tahun ini dan tahun depan.

“Insyaallah, jika Lofa sudah tidak lagi sibuk dengan bisnes, Lofa akan kembali aktif dalam seni. Jika Lofa sudah kembali aktif, baru rasa berbaloi untuk terlibat dalam majlis anugerah.

“Walaupun Lofa tidak lagi bertanding dalam ABPBH tahun ini, Lofa masih memberikan sokongan. Mana mungkin melupakan kenangan-kenangan indah yang tercipta sepanjang bersama kalian?,”katanya.

Dalam masa sama, Neelofa turut doakan agar penganjuran ABPBH terus maju dan megah berdiri dalam penganjuran edisi-edisi seterusnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Sep 2023
Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Mon, 18 Apr 2022
Featured Fri, 17 Feb 2023
Hiburan Fri, 16 Mar 2018

Makin Popular Makin Banyak Terima Mesej ‘Nakal’

Akuinya lagi, popularitinya yang naik mendadak sejak kebelakangan ini menyebabkan lebih banyak foto jelik berbaur lucah yang diterimanya.

Featured Tue, 12 Oct 2021
Hiburan Mon, 23 Jul 2018

Apa Kes Boy Iman Peluk Erat Bini Orang?

Gambar kontroversi itu sekaligus membuatkan netizen mempersoalkan dimana agaknya letaknya “halal gap” diantara mereka, apatah lagi kedua-duanya merupakan suami dan isteri orang

error: Content is protected !!