Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal July 18, 2019 @ 12:17pm

Rihana Oksana Buat Kejutan Lagi, Kali Ini Video Penuh Kata Romantis!

Jelitawan Rusia, Rihana Oksana Gorbantenko sekali lagi membuat kejutan apabila memuat naik sebuah video temuramah eksklusif yang memaparkan kehidupannya dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Lebih mengejutkan, hantaran itu dimuatnaik sehari selepas Istana Kelantan mengeluarkan kenyataan tiada sesiapa boleh digelar sebagai Raja Perempuan Kelantan selagi tiada pengumuman rasmi.

Hanya dengan menulis kapsyen ‘…’, ternyata video itu menarik perhatian ramai di laman Instagram.

“Saya ingin hidup bersamanya hingga ke akhir hayat,”kata Rihana dalam video.

Menerusi sedutan wawancara eksklusif tersebut, Rihana memberitahu bahawa dia amat mencintai suaminya dan berusaha akan melakukan yang terbaik untuk hubungan mereka.

Sementara itu, Sultan Muhammad V mengungkapkan baginda memberikan keutamaan terhadap keluarga terutama untuk anak.

“Ini kerana merekalah yang bakal meneruskan legasi keluarga.

“Dua asas lain yang amay penting bagi saya ialah kesabaran dan saling memahami,”ungkap baginda.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 

…

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

Netizen semua, sila bersabar sebab dalam hal ini, kita tunggulah pengumuman rasmi daripada pihak Istana Kelantan sendiri.

Paling penting jangan buat spekulasi sendiri okay?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Mon, 3 Mar 2025

“Susah Mana Perjalanan Anda Nak Jadi Baik, Jagalah Sembahyang… Kerana Solat Itu Tiang Agama”- Amira Othman

“Saya memang tak baik, saya penuh dengan dosa. Tapi, saya berpegang kepada solat”- Amira Othman

Trending Tue, 23 Jun 2020
Hiburan Tue, 28 Jan 2025
Hiburan Tue, 24 Dec 2024
Featured Mon, 4 Apr 2022
error: Content is protected !!