Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal July 23, 2019 @ 12:03pm

Tragedi Ice Skating, Isteri Lan Solo Terkejut Dapat Banyak Perkongsian!

Insiden cemas yang menimpa anak lelaki kepada pasangan Lan Solo dan isterinya, Nur Sheila Hassim membuka masyarakat mengenai beberapa aspek yang tidak seharusnya dipandang remeh ketika bermain sukan luncur ais.

Bersyukur anaknya, Muhammad Akid Qassyaff tidak mengalami sebarang kecederaan serius, Sheila masih lagi memantau kesihatan anak lelakinya itu. Malah, orang ramai yang berdepan pengalaman sama turut berkongsi kebimbangan mereka.

“Sebagai ibu, pengalaman sebegini seperti mimpi ngeri kerana berlaku sekelip mata saja. Alhamdulillah… setelah berjumpa doktor, Akid tidak mengalami kecederaan serius cuma perlu dipantau sekiranya berdepan beberapa simptom seperti muntah, pening kepala dan sebagainya.

“Perkongsian yang dibuat mengundang pelbagai reaksi daripada banyak pihak, yang turut berdepan dengan insident yang sama. Malah, ada juga anak mereka sehingga patah tangan akibat terjatuh ketika bermain sukan luncur ais.

“Ada yang meluahkan kebimbangan dan berharap pihak berwajib untuk membahagikan permainan luncur ais itu kepada dua kategori iaitu mahir dan permulaan. Malang memang tidak berbau, cuma dapat dielakkan dengan beberapa langkah keselamatan,” kata Sheila.

Terdahulu, Sheila membuat perkongsian di sosial media mengenai insiden cemas apabila anaknya dihempap oleh lelaki dewasa yang terjatuh ketika bermain sukan luncur ais di sebuah pusat membeli belah pada Ahad lalu.

Sheila turut berkongsi foto wajah anak lelakinya yang mengalami luka pada bahagian muka akibat kemalangan di gelanggang ais itu.

Sheila dan Lan Solo mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009. Selain Akid yang kini berusia empat tahun, pasangan itu turut dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

Oleh: Zaara Talita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Aug 2018

‘Mana Ada Gimik’, Fitri Haris Tiada Niat Tipu Peminat

Akui penyanyi lagu Wahai Kekasihku, dia menafikan ia adalah gimik untuk lagu terbarunya dan tidak berniat mempermainkan sesiapa dan meminta maaf atas kejadian itu.

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Discover Germany Freely Through a BirdsEye View

Pockets won’t get burnt, but the eyes can still get to feast on lovely views!

Hiburan Thu, 23 Nov 2023

24 Tahun Di Amerika Syarikat, Datuk Shake Masih Fasih Bahasa Melayu

“Saya anak Johor, mana mungkin saya lupa bahasa ibunda” – Datuk Shake

Selebriti Tue, 20 Feb 2024
Selebriti Mon, 29 Apr 2024
Hiburan Tue, 29 Apr 2025

Berkat Sabar dan Usaha, Abby Abadi Syukur Rezeki Mencurah – “Semoga Allah Balas Kebaikan Kalian”

Abby Abadi meluahkan rasa syukur dan ingatkan netizen tentang akhirat

error: Content is protected !!