Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Fas July 22, 2019 @ 1:00pm

Awas! Ada Tujuh Aplikasi Mudah Alih Bahaya Kini Tular….?

Pada era moden ini, pihak-pihak tidak bertanggungjawab nampaknya semakin kerap melakukan intipan melalui medium digital seperti aplikasi telefon pintar, akaun atas talian dan sebagainya.

Ia dipandang serius oleh banyak pihak terutamanya pengguna dan pihak berkuasa sendiri. Pihak berkuasa di negara kita juga tidak terkecuali.

Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) sebentar tadi telah meminta pengguna telefon pintar di negara ini untuk memadam tujuh (7) aplikasi mudah alih sekiranya ia terpasang dalam peranti milik anda.

Penyelidik ancaman keselamatan siber dari Syarikat Avast yang berpengkalan di Republik Czech telah menyenaraikan tujuh aplikasi dalam Google Play Store yang didapati melakukan intipan terhadap para pengguna melalui peranti pintar.

Aplikasi-aplikasi berkenaan dikesan mampu menjejak dan menghantar data lokasi pengguna selain log panggilan, senarai nombor telefon, mesej teks dan sejarah panggilan yang dibuat.

Aplikasi-aplikasi tersebut ialah:

1. Track Employees Check Work Phone Online Spy Free;
2. Spy Kids Tracker;
3. Phone Cell Tracker;
4. Mobile Tracking;
5. Spy Tracker;
6. SMS Tracker; dan
7. Employee Work Spy.

Kesemua aplikasi berkenaan telahpun dibuang oleh pihak Google dari pangkalan Play Store, namun sejumlah 130,000 muat turun telah direkodkan sebelum ia dikesan mengancam keselamatan.

Para pengguna Android dinasihatkan untuk memeriksa aplikasi yang dimuat naik di peranti pintar masing-masing dan nyahpasangkan (uninstall) segera jika terdapat aplikasi yang disenaraikan.

Pengguna juga diminta agar tidak memuat naik sebarang aplikasi yang tidak dipastikan kegunaan dan tahap keselamatannya.

Oleh itu, semak kembali senarai aplikasi yang telah dimuat-turun dan dipasang pada peranti anda bagi memastikan tujuh(7) aplikasi di atas tidak berada dalam telefon milik anda!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 16 Feb 2025

Ernie Zakri Terkejut Dituduh Sukar Menerima Teguran, Mohon Maaf Jika Ada Yang Tersinggung

Ernie Zakri mohon maaf, akui khilaf sebagai manusia biasa

Hiburan Fri, 7 Feb 2025
Trending Wed, 21 Feb 2018

Bimbang Masa Depan Elfira, Punca Sufian dan Elfira Putus Tunang???

Penyanyi  Sufian Suhaimi dan Elfira Loy, sah putus tunang! dan berita duka cita itu disahkan sendiri oleh ibu Elfira, Filzah Yusof, 52.

Trending Sat, 12 Dec 2020

Kadar Pengangguran Dijangka Bakal Meningkat

Harap ekonomi kembali pulih

Hiburan Sun, 17 Aug 2025
error: Content is protected !!