Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 23, 2019 @ 3:00pm

Lepas New York, Mak Cun Bawa Diri Ke China Pula?

Sepanyol sudah, New York pun sudah… kini Mak Cun ingin melebarkan sayap perniagaannya ke China pula?

Mak Cun memang gigih dan tidak pernah berputus asa! Mak Cun kembali dengan musim ke lima iaitu ATIN, ATAN & MAK CUN yang membawa cita-citanya lebih jauh hingga ke negara China.

Drama yang telah mula bersiaran pada 18 Julai lalu ini diarahkan oleh Izuan Mokhtar dan dibarisi oleh pelakon utamanya Eirma Fatima, Datin Paduka Umie Aida, Nora Danish, Dato Rahim Razali, Sherry Alhadad, Amelina, Chef Zam, Jay Nazif, Nur Khadra Syamimi , Zareef Yusof, Muzayyin, Putri Qaseh, Damia Qaissarah, Syafiq dan Wafiy Irfan Ariffen. 

Dalam Atin, Atan & Mak Cun ini, Mak Cun (Eirma Fatima) sibuk membuat persiapan untuk memasarkan produk keluarannya ke Guangzhou, China pula kali ini. Mak Cun sangat teruja dan gigih belajar bahasa Cina dengan Mei Ling. Manisah (Datin Paduka Umie Aida) terkejut apabila mengetahui Mak Cun ingin ke China. Dia memujuk Mak Cun untuk membawanya ke China juga  kerana dia pun baru sahaja mengeluarkan produk sendiri.

Seperti biasa, Manisah beriya-iya hendak ke China tetapi tidak mahu belajar bahasa Cina dan tidak membuat persiapan yang sepatutnya untuk ke sana. Mak Cun terkejut apabila melihat adiknya Kuntum (Sherry Alhadad), pulang ke kampung setelah 12 tahun membawa diri ke Arab Saudi kerana kecewa putus cinta. Kuntum mendapat tawaran kerja di Hospital Kuala Lumpur dan sementara itu dia akan tinggal di kampung dan membantu untuk menjaga Atin dan Atan sementara Mak Cun ke China.

Setelah berjaya membantu perniagaan Mak Cun tular dan semakin dikenali ramai, Atin (Syamimi) kini dalam misinya untuk mengajar rakan-rakan yang lemah dalam pelajaran terutamanya subjek Matematik. Atin mengajar Amat, Ramu, Fatin, Orkid termasuklah kembarnya, Atan (Jay Nazif) di waktu lapang mereka. Atin mahu rakan-rakan sekampungnya menjadi pintar. Atin turut menunjukkan cara bagaimana untuk membuat jadual belajar bagi memudahkan rakan-rakannya belajar mengikut ketetapan dan membuat ulangkaji mengikut waktu.

Atin juga sangat teruja membuat persiapan bagi hari penyampaian hadiah cemerlang di sekolahnya. Atin yakin bahawa dia pasti akan membawa pulang anugerah Pelajar Terbaik sekali lagi tahun ini. Malangnya, di hari penyampaian hadiah itu, bukan nama Atin yang diumumkan sebagai pelajar terbaik, sebaliknya nama Feng Ying yang dipanggil. Atin kecewa kerana dia gagal mempertahankan namanya sebagai pelajar terbaik. Atin kecewa dan dia berazam untuk mengalahkan Feng Yin. 

Mereka sekeluarga dikejutkan dengan kepulangan Atul (Nora Danish) dan anaknya Fitri (Zareef) ke kampung. Atin dan Atan tidak menyukai Fitri yang banyak menghabiskan masanya dengan gajet. Atan tidak suka Fitri kerana dia sukar untuk berkomunikasi dengan Fitri yang bercakap menggunakan bahasa inggeris. 

Adakah Mak Cun akan berjaya menembusi pasaran di China? Dapatkah Atin mengatasi pencapaian  Feng Yin dan bolehkan Fitri menyesuaikan diri hidup di kampung? Saksikan pelbagai ragam Atin, Atan dan Mak Cun setiap Isnin hingga Khamis, 6.30 petang di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Bukan Neelofa…Tetapi LOPAK!

Fashionista Neelofa versi ‘mampu milik’ …

Hiburan Sun, 1 Sep 2019

西洋摇滚不老天团Air Supply于12月重登云顶世界!

西洋摇滚不老天团Air Supply于12月重登云顶世界!唱响40周年经典摇滚金曲~

LIFESTYLE Wed, 13 Nov 2019
Featured Mon, 13 Sep 2021
Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Sat, 8 Mar 2025

[VIDEO] Nur Nilam Dedah Azlan Komeng Tiada Harta – “Syarikat 100% Milik Saya”

Syarikat Nur Nilam HQ 100 peratus milik isteri Azlan Komeng

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

AMOi-AMOi被封「最衰女团」黄明志送橘子破魔咒

大马女团AMOi-AMOi自出道就被冠上「最衰女团」称号,日前终于带着首张同名迷你专辑,顺利举办了马来西亚发片记者会;制作人黄明志到场送上橘子树,一解「橘子魔咒」并要她们继续努力。

Events Mon, 2 Sep 2019

黄连煜吉隆坡演唱会圆满谢幕!与陈昇合体无望

黄连煜吉隆坡演唱会圆满谢幕!虽然曾一度传出陈昇会赶到黄连煜演唱会合体,可惜最终没有上演新宝岛康乐队国庆日大团圆的佳话!

Hiburan Sat, 14 Oct 2023
Hiburan Fri, 22 Jun 2018

Zul Ariffin Separuh Bogel Di Thailand, Undang Komen Lucah Netizen

Gambar yang dimuat naik beberapa jam ini telahpun mendapat 48, 940 likes. Difahamkan, Zul Ariffin kini sedang menikmati percutian beliau bersama teman-temannya di sebuah pantai peranginan yang popular di Thailand.

error: Content is protected !!