Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 8, 2018 @ 5:30am

AJL 32: HAZAMA TAK KECIL HATI, JANJI PERSEMBAHAN MANTAP

Penyanyi Hazama yang bakal bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL) atas tiket lagu Aku Yang Sebenar mengaku penyertaanya di pentas akhir AJL jarang sekali dianggap peserta pilihan. Macam sedih je bunyinya…

Bakal membawakan lagu ciptaan Datuk M Nasir dan Ad Samad, Hazama tidak berkecil hati tetapi akan menggunakan peluang yang ada sebaiknya.

“ AJL merupakan pertandingan mencari penyanyi paling ramai peminat tetapi ia merupakan gelanggang memilih lagu paling berkualiti.

“ Jujurnya, saya jarang dianggap sebagai calon kegemaran. Tetapi, saya yakin disebabkan lagu dan lirik yang bagus, membuatkan penyanyi yang membawakan karya terbabit mara ke final,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, penyanyi berusia 33 tahun ini berjanji untuk memberikan persembahan terbaik.

” Andai kata kononnya pemilihan saya di AJL sekadar memenuhkan ruang, ia tidak mengapa. Saya tetap akan memberikan persembahan terbaik.” katanya.

Sebanyak 12 lagu layak berentap pada AJL 32. Selain Hazama, antara artis lain yang turut bersaing kali ini ialah Dayang Nurfaizah, Syamel, Khai Bahar, Hael Husaini, Wany Hasrita dan Haqiem Rusli.

Jika dilihat pada senarai penyanyi yang menguasai AJL 32, rata-ratanya adalah penyanyi yang sedang meningkat naik!

“ Saya okay dan tidak tertekan. Saya anggap pembabitan diri dalam AJL masih relevan kerana berada dalam kelompok penyanyi muda terbabit. Kalau tidak, saya takkan berada dalam pertandingan ini,” katanya.

 Bercerita mengenai persiapannya menjelang pertandingan yang bakal berlangsung Ahad ini, Hazama berkata, dirinya baru saja hendak memulakan latihan hari ini.

Dalam masa sama, Hazama bersyukur isteri kesayangannya, Genervie Kam banyak membantu dari segi susunan muzik.

“ Saya hanya perlu mengadakan latihan vokal agar dapat memberikan persembahan mantap. Tahun ini, persembahan saya bersifat sederhana dan saya mahu fokus pada nyanyian,” akhirnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

‘Cemas Tapi Syok’- Akim Ahmad Kongsi Pengalaman Jadi Pelumba

Penyanyi Akim Ahmad yang bakal terlibat dalam perlumbaan kereta siri ketiga Toyota Gazoo Racing (TGR) mengaku berdebar kembali ke trek lumba. Menurut Akim Ahmad ketika ditemui di Majlis Pelancaran Filem Bikers Kental 2, pada awal […]

Featured Fri, 3 Apr 2026

“Buat Masa Sekarang Belum Masanya Lagi, Harap Bersabarlah” – Fattah Amin Tampil Respons Dakwaan Amira Othman Berbadan Dua

Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat mereka berdua berhubung spekulasi kononnya mereka sedang menantikan kehadiran cahaya mata.

Hiburan Tue, 9 Sep 2025

Dikecam ‘Suami Tak Berguna’ Lepaskan Ardell Aryana Sertai Misi, Nadzmi Adhwa Tampil Bersuara

Nadzmi Adhwa kesal netizen kritik suami tak berguna lepaskan Ardell Aryana sertai misi GSF

Events Thu, 16 Apr 2020
Eat Travel Sun, 21 Aug 2022
error: Content is protected !!