Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin August 1, 2019 @ 3:39pm

Lamanya Najwa Latif ‘Peram’ Lagu?

Hampir 8 tahun dalam industri hiburan tanah air, Najwa Latif kembali lagi dengan single terbaharu berjudul KLIA atau (Kau Lupa Itu Aku) yang baru sahaja di lancarkan pada 31 Julai yang lalu.

Najwa yang baru menamatkan pengajian sarjana dalam bidang perkhususan Bahasa Inggeris di Universiti Malaya, turut menyusun langkah seterusnya untuk melancarkan lagu ini yang akan di muatkan di dalam album keduanya nanti. 

Sumber : www.xtra.com.my

Menurut Najwa, dia masih yakin dengan strategi mempromosi lagu melalui laman media sosial menjadi satu cara penting syarikat rakamannya NAR Records Sdn Bhd yang kini mempunya artis-artis seperti Khai Bahar dan iamneeta.

Tambahnya lagi, lagu ini dicipta 8 tahun lalu dan antara lagu terawal ciptaan beliau selain lagu popular Najwa berjudul “Cinta Muka Buku”. Tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi namun, Najwa berharap agar lagu ini dapat menjadi inspirasi kepada peminat dan pencinta muzik tanah air.

Lagu yang dicipta oleh Najwa Latif dan liriknya pula ditulis oleh kakak beliau sendiri, Ika Latif. Bergenre pop dan catchy, lagu ini juga diinspirasikan berdasarkan kisah cinta orang sekeliling mereka.

Wah! Walaupun lagu ini baru sahaja dimuat naik pada 31 Julai lalu, lagu Kau Lupa Itu Aku telahpun menduduki nombor 13 trending!

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 May 2018

Restoran Itu Bukan Saya Punya…

Walau bagaimanapun, menerusi pencarian syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendedahkan Chong Wei sebagai salah seorang daripada tiga pengarah syarikat yang memiliki restoran, InterCompass Sdn Bhd.

Hiburan Mon, 29 Jun 2026

“MV Lalu Dua Saat Je, Saya Tak Cukup Berjaya Ke?” – Wani Kayrie Terkilan, Dakwa Pencapaian Karya Muzik Tidak Dihargai

Wani berkata dia pada awalnya teruja apabila montaj berkenaan memaparkan pencapaian video muzik milik barisan alumni program itu.

Featured Tue, 10 May 2022
Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Thu, 16 Apr 2026

MonoloQue Hidupkan Semula ‘Pujaan Hatiku’ Dalam Versi Lebih Intim

Versi terbaharu Pujaan Hatiku tampil dengan pendekatan berbeza apabila disusun secara minimalis.

error: Content is protected !!