Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal July 4, 2019 @ 12:00pm

Lumrah Manusia…Dulu Dihina, Sekarang Dipuji Pula!

Hati ibu mana yang tidak terguris apabila fizikal anak yang belum mengerti apa-apa dipersenda oleh segelintir individu tanpa perasaan bersalah.

Situasi itu turut dilalui pelakon jelita, Nora Danish yang menerima komen mengguris perasaan ketika anaknya, Mohamed Neqayl Nedim atau Ney Ney baru dilahirkan.

“Saya melihat insiden itu sebagai peringatan yang membuka mata ramai. Siapa kita untuk menghina ciptaan Allah, apatah lagi yang menjadi mangsa itu anak kecil yang masih naif.

“Saya hiba apabila Ney Ney dikutuk tidak comel, sedangkan setiap ciptaan Allah itu sangat sempurna. Mengapa mereka begitu tergamak hingga anak tidak berdosa turut menjadi mangsa?

“Tetapi, sekarang lain pula nada mereka. Mungkin mereka malu sendiri. Dahulu kutuk Ney Ney tidak comel, sekarang ramai pula yang suka setiap kali saya memuat naik gambar terbarunya di laman sosial.

“Dia makin popular, malah jumlah pengikut di Instagram saya turut bertambah,” katanya mengenai anak keduanya kini berusia setahun lima bulan itu.

Nora berkata, ramai yang suka melihat telatah dan aksi anaknya yang dilahirkan pada 22 Februari tahun lalu itu membuat mulut muncung.

Sementara itu, kata Nora, kehidupannya semakin lengkap sejak kehadiran Ney Ney yang menjadi penyeri rumah tangga yang didirikan bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017.

Pelakon yang popular menerusi drama Puteri itu berkata, dia bertuah mempunyai keluarga yang besar, malah kehadiran anak suaminya hasil perkahwinan pertama, Mohamed Nedrin atau Dre, 7, turut mewarnai lagi kehidupannya.

“Dre sangat menyenangkan dan saya tiada masalah untuk menguruskan keperluannya. Alhamdulillah, hubungan saya dengan bekas suami dan keluarganya juga baik.

“Saya bersyukur dengan apa yang dianugerahkan Allah. Kehadiran mereka, termasuk anak sulung saya, Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram, 10, melengkapkan lagi hidup ini,” katanya.

Kredit: Berita Harian Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 16 Apr 2020
Hiburan Fri, 3 Jan 2020

TWICE Momo Dan SUPER JUNIOR Heechul Disahkan Sedang Hangat Bercinta!

ONCE dan E.L.F approve tak hubungan mereka?

Hiburan Sun, 18 Feb 2018

‘Ali Setan’ Kini Dalam Kenangan

Azmil Mustapha Meninggal Dunia- ‘Ali Setan’ Kini Dalam Kenangan

Featured Mon, 26 Jan 2026

“I Am Totally Against Bullying” – Nafi Dakwaan Masuk Campur, Daler Yusuf Sokong Puteri Balqis

Penjelasan itu dibuat Daler susulan kritikan seorang individu yang mempersoalkan tindakannya sebelum ini.

Hiburan Thu, 11 Jun 2026

Reaksi Mangsa R*gol Dalam Drama ‘Jiwa Seorang Pentaksub’ Dikritik Tak Bijak, Rita Rudaini Respons: “Mestilah Dia Lost, Bukan Kena Ragut”

Rita tampil mempertahankan jalan cerita drama berkenaan dengan menjelaskan reaksi yang ditunjukkan watak itu adalah normal bagi seseorang yang berdepan trauma selepas menjadi mangsa rogol.

Featured Tue, 14 Feb 2023

Bekas Isteri Dedah Insiden Dimarahi, Dicederakan Radhi OAG – “Tak Perlu Nak Selfie Peluk Sebab Dah Bercerai…”

Sampai macam tu segala.. Semoga semua perkara dapat diselesaikan dengan segera

error: Content is protected !!