Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal July 9, 2019 @ 11:00am

Dikecam Netizen, Fasha Sanda Putuskan Untuk Lakukan Ini!

Terkenal dengan sifat menepati masa apatah lagi ketika bekerja di lokasi, Fasha Sandha ‘naik hantu’ apabila mendapati set penggambaran kosong, setibanya di premis berkenaan 10 minit lebih awal daripada masa dijanjikan, iaitu 6 pagi.

Insiden yang berlaku baru-baru ini, dikongsi Fasha melalui Instagram (IG) Story yang menunjukkan sikap kurang senang aktres jelita itu terhadap sikap produksi terbabit.

Fasha berang kegagalan syarikat produksi mengubah ‘call time’ atau waktu lapor diri pada saat-saat akhir, atas dakwaan mereka sudah terlambat untuk tiba di set.

“Bagi ‘call time’ 6 pagi… Jam 5.50 pagi saya sampai, set sunyi sepi sahaja.

“Kemudian, pembantu pengarah kirim mesej, memaklumkan waktu lapor diri diubah. Disebabkan anda sudah terlambat, ubah sesuka hati.

“Inilah punca saya malas hendak buat penggambaran… Baik layan anak dan suami di rumah,” katanya yang turut berkongsi paparan mesej antara dirinya dan pembantu pengarah terbabit.

Fasha berkata, dia keluar rumah seawal jam 5.15 pagi untuk ke set penggambaran pada hari berkenaan.

“Dah beri ‘call time’ jam 6 pagi, hendak tak hendak, saya kena kena keluar (rumah) pada jam 5.15 pagi.

“Awak yang terlajak tidur, tukar masa pula. Maaf, memang selama ini, tidak semua syarikat produksi berjaya jika waktu lapor diri ditetapkan seawal jam 6 pagi,” dakwanya.

Kredit: Berita Harian Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Jul 2018

《欢喜第1等》总决赛708 云顶云星剧场引爆!

历经5个月的鏖战《欢喜第1等》5强歌手出炉,黄威尔、田育慈、胡缋颐、张引山以及Gary徐梽豪随即迎来总决赛,展开属于王者的终极对决!

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

INI SEBAB KENAPA SAHARUL RIDZWAN TERHARU

Pelakon Zahir Tak Terucap ini menyatakan rasa syukurnya kerana, doa yang dimintanya selama ini telahpun dimakbulkan.

Hiburan Tue, 12 Sep 2023
Featured Tue, 31 Oct 2023
Hiburan Sun, 8 Sep 2024

“Mungkin Lelaki Melayu Takut Nak Dekati Saya” – Aya Amiruddin

Aya dah la cantik, package kelakar lagi tau

Hiburan Wed, 28 Jun 2023

Heboh Berita Telah Meninggal Dunia, Farahdhiya Mohon Berhenti Permainkan Isu Kematian

Allahuakbar, terkejut min! Dah jadi trend ke sekarang ni 🥵

error: Content is protected !!