Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal July 1, 2019 @ 8:11pm

Penumpang Feri Dikhuatiri Lemas Sebab Terjatuh?

 Seorang penumpang feri dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika dalam perjalanan dari Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth menghala ke Pangkalan Raja Tun Uda, George Town, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor, berkata pihaknya menerima aduan terdapat seorang penumpang yang berada di atas Feri Pulau Pinang dipercayai telah terjatuh kira-kira jam 6.15 petang.

“Seorang penumpang lelaki telah melihat mangsa terjatuh namun tidak dapat dipastikan jantina serta identiti penumpang tersebut dan ketika itu jarak feri berkenaan  lebih kurang 10 minit dari arah Butterworth,” katanya di sini malam ini.

Katanya, pemeriksaan oleh petugas feri di bahagian bawah dek feri telah mendapati terdapat sebuah kereta jenis Honda City ditinggalkan tanpa pemandu atau penumpang dan kenderaan itu didaftarkan atas nama seorang wanita, Lye Ah Yin, 73, beralamat di Permatang Pauh.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa oleh polis marin, bomba dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dijalankan hingga jam 8 malam ini sebelum dihentikan berikutan cuaca gelap dan akan bersambung semula jam 8 pagi esok.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 2 Feb 2018

85kg肥妹遭霸凌 减肥患病瘦成「25kg肉干骷髅」

英国沃勒西(Wallasey)23岁汉娜(Hannah Lucas)最胖时期有85公斤,超壮硕的身材、肥滋滋的油肚成为同学之间嘲笑的题材,让她每天备受嘲讽霸凌。在她下定决心减肥,每想到减过头罹患厌食症,体重掉到只剩25公斤,顿时失去生存的意义。

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Kisah Viral Thu, 9 Nov 2023
Hiburan Tue, 24 Feb 2026

Setahun Lawan Kanser, Suami Amyza Aznan Reda Pemergian Anak Di Bulan Ramadan – “Walau Sakit, Dia Tak Pernah Menyusahkan”

Suami Amyza Aznan, Khairil Idzhar Md Nazir reda dengan pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail.

Trending Wed, 4 Jul 2018
error: Content is protected !!