Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal July 8, 2019 @ 3:42pm

Mira Berguru Dengan Dua Fauziah

Tidak pernah berhenti memantapkan mutu lakonan, Mira Filzah sanggup mencari masa berguru dengan pelakon berpengalaman seperti Fauziah Nawi dan Fauziah Ahmad Daud.

Mira berkata, inisiatif itu diambil selepas melihat ramai anak seni berbakat besar yang tidak jemu belajar dan menggali ilmu dalam usaha menjadi pelakon yang baik.

“Setiap kali sebelum memulakan penggambaran, terutama membabitkan watak berat, saya akan cari guru supaya dapat memahami karakter dengan lebih baik.

“Memang sesetengah produksi menyediakan guru lakonan, tetapi sebagai pelakon, kita juga seharusnya mengambil inisiatif jika mahu lakonan diingati ramai.

“Lakonan saya masih banyak kekurangan dan saya takut tidak mampu memenuhi kehendak pengarah, namun asas pembelajaran daripada individu berpengalaman menambah keyakinan,” katanya.

Mira berkata, meskipun sesi yang dihadiri singkat, kelas atau bengkel lakonan bersama dua guru berpengalaman itu sangat membantu ketika di lokasi penggambaran.

Dalam perkembangan lain, Mira berkata, dia berdebar menanti kehadiran filem terbarunya, Sangkar yang bakal menemui penonton bermula 29 Ogos ini.

Mira berkata, watak Liya iaitu adik kepada Johan lakonan Remy Ishak dalam filem yang mengetengahkan sukan Mix Martial Art atau MMA turut menyaksikan gandingan pertama mereka di layar lebar.

“Memang saya tidak membawakan babak lasak, namun saya perlu bersedia dari segi emosi dan mental kerana watak Liya turut mempunyai cabaran tersendiri.

“Tambahan pula, bergandingan kali pertama dengan pelakon berpengalaman seperti Remy dan Zul Ariffin, saya perlu pastikan diri benar-benar bersedia sebelum memasuki set dengan memasuki kelas lakonan,” katanya.

Sangkar arahan Kabir Bhatia menggabungkan empat produksi iaitu Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment.

Kredit: Berita Harian Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

Kejayaan Neelofa Berkat Doa…?

Hubungan rapat pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa Mohd Nor dengan ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed bukanlah rahsia.  Sering mendoakan kejayaan dan keselamatan anaknya yang kerap mengembara atas urusan kerja, ramai yang dambakan ibu […]

Trending Sun, 5 Jun 2022

Aprena Manrose Tampil Bersuara Isu Nelydia Senrose Buka Tudung

Aprena Manrose tampil untuk ‘back up’ isu buka tudung Nelydia Senrose.

Hiburan Sat, 29 Dec 2018

八度空间「送Happy流动卡车」造势活动正式开跑

「送Happy流动卡车」造势活动将于2019年1月5日起正式开跑!

Featured Wed, 24 Apr 2024
Featured Wed, 23 Nov 2022

“Saya Inginkan Exposure” – Berbanding Watak, Nabil Aqil Lebih Memilih…

Pelakon Nabil Aqil memberikan fokus kepada pemilihan stesen televisyen (TV) untuk mencipta nama dalam industri. Menurut Nabil, pemilihan stesen TV penting kerana dia mahu hasil kerjanya ditonton orang ramai. “Saya nak exposure, nak orang tengok! […]

Featured Fri, 11 Aug 2023
Hiburan Wed, 19 Jun 2019

Lepas Berdamai, Taylor Swift Ajak Katy Perry Jadi ‘Burger’ Dalam Muzik Video YNTCD

Selepas 13 jam tayangan video muzik tersebut telah mendapat 12 juta tontonan di YouTube.

error: Content is protected !!