Hiburan By: SGMS Faida July 16, 2019 @ 12:54am

Nama Belum Dikenali, Muna Shahirah Tak Mahu Mengalah!

Tuah lagu Teguh Setia ciptaan dan lirik oleh Ibnu serta Ghoufran membantu gadis kelahiran Mersing, Johor, Muna Shahirah berdiri sebaris penyanyi seangkatan.

Muna atau nama lengkapnya Muna Shahirah Munadi, 25, berkata dia tidak melalui jalan pintas untuk diterima, malah pernah beberapa kali terjatuh selepas memulakan langkah dalam program realiti Akademi Fantasia pada 2014.

“Lagu pertama, Takdir Cinta, tidak mampu melonjakkan nama, biarpun video muziknya ditonton lebih dua juta kali pada 2017. Saya cuba berfikiran positif, mungkin belum rezeki saya untuk ke depan.

“Perasaan kecewa semakin memuncak awal tahun ini selepas lagu kedua, Teguh Setia, juga bergerak perlahan. Saya menangis kenangkan nasib diri.

“Lima tahun saya menanti, tetapi di mana salah dan silap saya apabila bakat masih belum menyerlah?” katanya.

Muna yang pernah menjadi penyanyi Yayasan Warisan Johor ketika berusia 12 tahun berkata, dia pernah putus asa dan hampir meninggalkan dunia nyanyian, dua tahun lalu.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik), Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, dia pernah terfikir mahu mengikut adiknya bekerja dalam bidang perhotelan di Singapura.

“Saya pernah tergerak hati mahu berhenti menyanyi dan bekerja di Singapura. Saya tidak kisah melakukan apa sahaja kerja, asalkan dapat membantu ibu bapa dan keluarga.

“Siapa sangka, pengurus dan wakil syarikat rakaman, FMC Music, menghubungi serta membantu ketika saya mahu melangkah pergi. Berkat doa, sabar dan tawakal, manisnya ada pada penghujung hari.

“Apabila Teguh Setia mula dipromosikan dan lagu pula diputarkan di radio, impaknya mula kelihatan. Graf tontonan video muzik juga bergerak pantas.

“Alhamdulillah, segala perancangan tersusun lancar dan dipermudahkan. Saya percaya, Allah menguji saya terlebih dahulu sebelum kerjaya saya berjalan lancar,” katanya.

Dalam tempoh lima bulan, video muzik rasmi lagu itu mencatat lebih sejuta tontonan di laman YouTube. Biarpun ia bukan angka yang boleh dianggap mengejutkan dan graf perjalanan lagu itu agak perlahan, Muna menyifatkannya sebagai permulaan yang memberangsangkan.

“Sebelum ini, semuanya nampak begitu indah di mata, tetapi hanya saya yang mengerti apa yang dilalui. Saya belum berada pada tahap selesa, sebaliknya masih bertatih untuk mempertahankan perjuangan,” katanya.

Muna berkata, jika tanpa sokongan syarikat rakaman, mungkin kerjaya nyanyiannya sudah berkubur kerana dia memikul tanggungjawab berat sebagai tonggak keluarga.

“Bapa hanya mengambil upah sebagai deejay kenduri kahwin di sekitar Mersing untuk meneruskan hidup. Saya menjadi tempat keluarga bergantung harap. Alhamdulillah, berkat sabar, kerjaya nyanyian saya semakin berkembang,” katanya.

Kata Muna, dia memang tidak mengizinkan kedua-dua orang tuanya bekerja, malah mereka sering berulang alik antara Johor dan Kuala Lumpur untuk menemaninya jika ada undangan nyanyian.- BH Online. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Bella Hadid Buat Apa Tu?

OMG! Bellaaaaaaa Hadid uolssss…

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Ismail Izani Mudah Jatuh Hati Pada Gadis Lembut

Ismail Izani suka tengok gadis lemah lembut persis ibunya dan mudah jatuh hati pada gadis lembut

Featured Thu, 19 Jan 2023
Featured Thu, 18 Aug 2022
Featured Tue, 5 Oct 2021

“Buka Aib Sendiri, Content Mengundang Laknat..”- Ustaz Ini Perjelas Hukum Content Viral Tanpa Batas

Baru-baru ini, beberapa kes content viral melibatkan Youtuber yang membuat rakaman di tanah perkuburan membuatkan ramai yang berang. Bukan sahaja dilihat tidak menjaga sensitiviti, malah netizen mengkritik mereka tidak menggunakan akal fikiran yang waras dan hanya mengejar […]

Featured Sat, 27 May 2023
Featured Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Sat, 6 Jan 2024
Featured Wed, 22 Mar 2023

Penonton Puas ‘Bergalau’ Di Konsert Nidji x Budi Doremi!

Memang syok habis konsert Nidji x Budi Doremi masa Ahad haritu!