Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 11, 2019 @ 8:00am

Nourul Depp Terpaksa Buang Abnormal Cell

Penyanyi Nourul Depp mendedahkan bakal menjalani pembedahan bagi membuang ‘abnormal cell’ di bahagian serviks pada 14 Ogos ini.

Menurut Nourul, pembedahan itu terpaksa dilakukan disebabkan anak bongsunya, Isabella Depp dilahirkan secara pembedahan.

“Saya baru balik dari hospital. Minggu depan saya perlu menjalani ‘minor operation’.

“Hanya memakan masa selama 30 minit sahaja. ‘Abnormal cell’ dekat serviks kena dibuang.

“Puncanya Isabella lahir keluar kut tingkap tapi takpa benda nak jadi,” katanya menerusi Instagram TV.

Tambah penyanyi lagu Kerana Terluka itu, dia turut berpesan kepada kaum wanita untuk melakukan pemeriksaan ‘pap smear’ setiap tahun.

“Itulah jadi perempuan banyak perkara yang perlu dijaga. Jangan lupa lakukan pemeriksaan ‘pap smear’ iaitu ujian saringan bagi mengesan kanser serviks.

“Saya setiap tahun melakukan pemeriksaan, nasib baik boleh kesan awal. Kalau lama boleh menyebabkan kanser,” katanya lagi.

Nourul mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.

Sebelum itu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.

Kredit: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Wed, 28 Mar 2018

A Car Vending Machine? What?!

This isn’t a toy car vending machine. It’s a life-size car vending machine!

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Uqasha Senrose Akui Berat Bertambah Kerana Watak

Berat badan naik, Don’t care!

Hiburan Wed, 16 Oct 2019

Boleh Cakap Melayu Lah…

Good luck, Amelia!

error: Content is protected !!