Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Putri August 20, 2019 @ 6:07pm

Hargai Jasa, Neelofa Seru Bantu Wartawan Utusan

Nasib menimpa hampir 800 kakitangan Utusan Melayu Berhad yang berdepan risiko kehilangan pekerjaan, menarik minat ramai selebriti dan usahawan tempatan.

Antaranya pengacara dan usahawan, Neelofa yang menawarkan bantuan mencari pekerjaan kepada kakitangan terkesan menerusi laman sosialnya, semalam.

“Saya agak terkesan dengan situasi yang berlaku. Mustahil tak rasa sedih sebab saya juga membesar dengan dua akhbar ini (Utusan Malaysia dan Kosmo!) dan mereka banyak membantu dalam bidang seni dan bisnes.

“Dengan membuka laluan di media sosial saya harap sekurang-kurangnya dapat membantu mereka mendapatkan pekerjaan baru,” katanya.

Dalam status dikongsi Neelofa, dia meluahkan rasa sedih dan berharap ada pihak yang membantu.

“Jika kamu kenal siapa-siapa dari sumber manusia atau syarikat yang menawarkan pekerjaan, tinggalkan butiran di ruangan komen. Saya pasti ramai sedang cari kerja baru juga, jangan risau ia terbuka kepada semua.

“Sesiapa yang mahu memohon, silakan melihat komen-komen berkenaan. Saya harap dengan kerjasama semua, kita dapat membantu mereka mendapat pekerjaan secepat mungkin,” tulisnya.

Oleh: Guy Masaki

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 16 Dec 2018

BLACKPINK 大马演唱会确定加场!

由于大马粉丝反应热烈,BLACKPINK 2019亚洲巡回《IN YOUR AREA》演唱会-吉隆坡站确定加场!

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

CJ WOW SHOP 欢庆两周年大优惠

C为了纪念这个重要的里程碑,从即日起CJ WOW SHOP各购物平台(包括电视、互联网和手机应用程式)都将会推出为期一个月的促销活动!

Hiburan Fri, 28 Feb 2025

DOLLA & Tobii Bersatu, Lagu ‘Bad Girls Like You’ Diberi Sentuhan Unik

DOLLA teruja bekerjasama dengan Tobii bawa lagu Bad Girls Like You

Hiburan Fri, 6 Dec 2024
error: Content is protected !!