Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 21, 2019 @ 8:13am

Namron Cipta Mantera Panggil Pontianak?

Pelakon Namron mendedahkan terpaksa mengolah semula mantera dalam filem Dendam Pontianak.

Akui Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan yang melakonkan watak bomoh, jampi mantera yang digunakan dalam filem diolah sendiri memandangkan tiada di dalam skrip.

“Saya elakkan mengguna mantera sebenar yang boleh didapati dari kitab lama kerana ia boleh mendatangkan bahaya dan memesongkan akidah.

“Jadi saya olah sendiri dan sampaikan dalam cara tersendiri supaya penonton sukar faham apa yang saya sebut dan mereka tidak pertikaikan bacaan mantera itu,” katanya ketika ditemui di sidang media Dendam Pontianak yang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, Namron memberitahu dia juga banyak mengamalkan zikir sepanjang proses penggambaran.

“Setiap hari saya amalkan zikir memohon perlindungan dari Allah. Bukan sahaja ketika di set malah ketika di luar waktu kerja juga, zikir menjadi amalan harian,” katanya.

Lakonan Namron memegang watak bomoh pengamal ilmu hitam yang penuh misteri dapat ditonton bermula 12 September di seluruh pawagam tanah air.

Selain Namron, filem arahan Glen Goei dan Gavin Yap itu turut menampilkan pelakon lain seperti Nur Fazura, Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Tony Eusoff, Nadiah M. Din dan Nadia Aqilah.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

Doakan A Rahman Hassan…

Pelakon dan pengarah Khir Rahman, mengesahkan kesihatan ayahnya, Dato A Rahman Hassan semakin merosot sejak di masukkan ke wad ICU semalam. Melalui satu kiriman Whatsapp kepada rakan media hari ini, Khir memberitahu sesiapa yang mahu […]

Selebriti Sat, 24 Feb 2024
Hiburan Sat, 29 Sep 2018

Lepas Aliff Syukri Nyanyi Nasyid, Sajat Pula Nak Bina Masjid

Alhamdulillah, semoga masjid yang dibina ini mampu menyucikan hati-hati netizen diluar sana

Featured Wed, 11 Jun 2025

Isu Kes Ped*filia, Mekyun Bengang Foto Dimuat Naik Dalam “Group Budak-Budak Sekolah Rendah”

Mekyun enggan berdiam diri susulan isu kes pedofilia melibatkan kanak-kanak diumur umur.

Hiburan Thu, 21 May 2026

“Meh Hantar Dekat Office Saya” – Aedy Ashraf Sanggup Jaga Anak Peminat, Beri Peluang Pasangan Suami Isteri Tonton Filem

Aedy dilihat membalas ciapan beberapa peminat yang berseloroh meminta bantuannya menjaga anak mereka sementara menonton filem Tarung: Unforgiven

Selebriti Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Mon, 7 May 2018

Luahan Akim Buat Arwah Ibu

Yakin abang satu hari nanti kita akan bersama. Satu hari nanti akan tiba, tak sabar rasa menunggu masanya,” tulis beliau.

error: Content is protected !!