Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal August 20, 2019 @ 4:20pm

Buang Malware Dari Komputer Windows

Komputer yang menjadi perlahan dari yang sepatutnya serta kemunculan pelbagai jenis pop-up yang terpacul secara tiba-tiba merupakan antara gejala komputer yang dijangkiti virus, spyware atau lain-lain jenis malware. Sungguhpun komputer berkenaan sudah dipasang perisian antivirus, ada masanya pertahanan komputer dapat ditembusi jika pengguna tersalah langkah.

Oleh itu, pengguna perlu memeriksa sama ada kemungkinan terdapat malware yang dapat menjangkiti komputer tanpa dikesan dan diimbas oleh perisian antivirus. Cara terbaik untuk membanteras malware-malware yang tidak dapat dikesan ini adalah dengan tindakan dari pengguna sendiri melalui langkah-langkah berikut;

Langkah 1: Masuk ke Safe Mode

Sebelum anda meneruskan langkah-langkah pembersihan, anda dikehendaki untuk memutuskan segala sambungan ke internet. Ini bertujuan mencegah malware dari membocorkan data-data peribadi anda kepada pihak ketiga.

 

Untuk menghidupkan Mod Selamat (Safe Mode) pada Windows 10, caranya adalah anda pergi ke butang Start dan pilih butang Power (Kuasa). Seterusnya, jangan klik apa-apa lagi. Tekan kekunci Shift dan klik Reboot.

Apabila menu dengan paparan penuh muncul, pilih Troubleshooting, kemudian Advanced Options dan Startup Settings. Pada tetingkap berikutnya, klik pada butang Restart dan tunggu sehingga paparan seterusnya muncul. Berikut, anda akan melihat senarai menu dengan pilihan startup yang bernombor. Pilih nombor 4 untuk Safe Mode. Jika anda ingin mendapatkan akses ke internet untuk tujuan imbasan antivirus dan antimalware atas talian, anda boleh memilih nombor 5 untuk Safe Mode with Networking.

Langkah 2: Padamkan fail-fail sementara (temporary files)

Padamkan fail-fail sementara (temporary files) terlebih dahulu. Langkah ini bertujuan menjadi kerja-kerja imbasan virus lebih pantas selain dari menyediakan lebihan ruang untuk storan dan mungkin juga boleh membuang sesetengah jenis malware.

Untuk memadamkan fail-fail sementara ini, anda boleh menggunakan alatan (tool) Disk Cleanup. Disk Cleanup boleh diakses melalui carian pada kotak carian dengan menaip ‘Disk Cleanup‘.

Langkah 3: Muat turun pengimbas malware

Anda perlukan perisian pengimbas malware untuk langkah ini. Hal ini disebabkan tidak semua perisian antivirus dapat mengesan kehadiran malware 100 peratus dan ia memerlukan sokongan dari perisian anti malware bagi menjejaki dan membuang malware berkenaan dari komputer.

Antara perisian percuma dan bagus untuk mengimbas anasir-anasir yang wujud di dalam komputer anda adalah, BitDefender Free Edition, Kaspersky Virus Removal Tool, Malwarebytes, Microsoft Malicious Software Removal Tool, Avast dan SuperAntiSpyware.

Langkah 4: Lakukan imbasan dengan perisian Malwarebytes

Seperti contoh gunakan Malwarebytes dengan mengikuti langkah-langkah pemasangan yang telah disediakan. Selesai pemasangan, anda digalakkan untuk melakukan ‘Threat Scan‘ untuk mula mengesan sebarang malware pada komputer anda. Bergantung dengan spesifikasi komputer anda, masa yang diperlukan untuk imbasan adalah sekitar 5 hingga 20 minit.

Jika Malwarebytes telah tertutup sendiri dengan secara tiba-tiba sewaktu imbasan dan ia tidak dapat dihidupkan semula, besar kemungkinan komputer anda telah dijangkiti malware jenis rootkit atau jangkitan lain yang boleh masuk ke peringkat yang lebih dalam hingga mampu menepis sebarang jenis antivirus dan antimalware. Oleh itu, jalan yang paling selamat adalah anda perlu format semula komputer anda. Sebelum format, sebaiknya anda selamatkan dulu fail-fail penting anda sebelum ianya diformatkan bersama.

Bagaimanapun, jika Malwarebytes berjaya melengkapkan imbasan, ia akan memaparkan hasil imbasannya. Seterusnya, jika terdapat jangkitan yang berjaya dikesan, anda boleh memilih untuk membuangnya dengan klik pada butang Remove Selected. Malwarebytes akan memaklumkan kepada anda untuk menghidupkan semula komputer anda bagi melengkapkan proses membuang jangkitan berkenaan.

Langkah 5: Baiki masalah pada pelayar

Jangkitan malware mampu merosakkan fail-fail sistem Windows dan tetapan-tetapan lain. Antara tabiat yang sering dibuat oleh malware adalah mengubahsuai homepage pelayar web anda dengan tujuan menjangkitinya semula.

Sebelum mula menggunakan pelayar web anda, periksa homepage dan tetapan sambungan internet anda. Untuk Internet Explorer, anda boleh melihatnya pada tab General pada Internet Options. Untuk pelayar-pelayar lain seperti Edge, Chrome dan Firefox anda boleh memeriksanya pada tetingkap tetapan masing-masing.

Sumber: http://hteknologi.com/

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 3 Jul 2018

Cara Untuk Melindungi Sambungan WiFi Rumah

Berikut kami kongsikan langkah – langkah yang boleh dilakukan untuk melindungi talian internet dirumah anda daripada dicuri pakai.

TECH Wed, 2 May 2018

“Play on Spotify” Function Now Added to Insta-Stories

Music has just become more convenient for everyone.

TECH Thu, 26 Apr 2018

Baru Beli Komputer? Baca 6 Panduan Ini Untuk Setiap Port & Adapter Yang Ada

Panduan untuk tentang Port & Adapter di setiap komputer riba atau lebih dikenali ‘laptop’

TECH Thu, 27 Dec 2018

Inilah cara Qualcomm Membuat Snapdragon 855 5G

Prestasi yang lebih pantas, keupayaan AI yang lebih bijak, sokongan Sonic Sensor 3D dan sokongan Qualcomm Elite Gaming. Begitulah cara Qualcomm mencipta Sistem terbaru di Chip (SoC), Snapdragon 855.

TECH Sun, 7 Oct 2018

手机App能刺绣!日本推「智能缝纫机」就算手残也不怕~

现在只要有了日本JANOME的小型缝纫机「IJ521」,以后想要刺绣送给心上人,就不怕会漏气啦~而且只需要用手机APP就能操控喔!

Automobile Tue, 25 Sep 2018

人肉霸停车位有错吗?大马皇家警察说:可被罚款或监禁

人肉霸停车位究竟违法吗?大马皇家警察说:触犯者可被罚款或监禁。

TECH Sun, 3 Jun 2018

Atasi Masalah “Device Not Compatible” Ketika Muat Turun Google PlayStore

Berikut kami kongsikan kaedah mengatasi masalah paparan “Device Not Compatible” di Google PlayStore.

TECH Thu, 26 Jul 2018

BERITA Pemain Dota 2 Di Belanda Kini Boleh Melihat Kandungan ‘Loot Box’ Sebelum Membuat Pembelian

Pemain Dota 2 di Belanda kini sudah boleh melihat kandungan loot box mereka sebelum mereka membuat keputusan membelinya. Perkara ini dikongsikan oleh seorang redditor, Larhf telah mengirim gambar yang mempunyai pernyataan:  Kandungan treasures di rantau ini boleh dilihat dahulu sebelum membukanya. Perkara […]

TECH Mon, 17 Dec 2018

「年度最弱密码」这里边有你的吗?

「123456」和「password」连续第5年成为最差密码!到底还有哪些“成功”登榜呢?

TECH Tue, 5 Jun 2018

未来的一天将有25个小时!

对那些工作狂来说,他们时常会觉得自己的每天都不够用,然而根据科学家们最新的一项研究成果,这点将在未来发生改变,未来的一天有望达到25个小时。

error: Content is protected !!