Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 23, 2019 @ 9:27pm

Majlis Kahwin Elly Mazlein Dah Dekat?

Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein disebut bakal menamatkan zaman ibu tunggal selepas memuat naik beberapa keping gambar dengan kapsyen ‘istimewa’.

Seperti kebiasaan, pelakon drama Kau Yang Pertama ini sering bergurau senda dengan pengikutnya dengan kapsyen lucu di Instagram.

Tulis Elly, dia sempat bertanya kepada pengikutnya mengenai sanggul lintang yang bakal dipakai pada hari perkahwinannya nanti.

“Love tak crown yang adik kepom @jimmycouture buatkan untuk kakak Lina?,” soalnya.

Rata-rata pengikut Elly yang lebih mesra disapa sebagai Kak Lina ini membayangkan hari bahagia pelakon cantik ini semakin hampir.

Sejak setahun lalu, Elly mengaku serius bercinta dengan seorang jejaka yang hanya dikenali sebagai Papa Awan Nano.

Elly juga memberitahu bakal berkahwin dengan lelaki yang muda 10 tahun darinya pada tahun depan.

Terdahulu, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Putri Sara Sefhia yang kini berusia tiga tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 16 Aug 2019
Hiburan Mon, 15 Jan 2018

Memang Jarang Jumpa Tapi Hubungan Masih Baik

Betulkah tiada masalah komunikasi kerana jarang bertemu, tetapi itulah yang diyakinkan oleh pasangan ini

Events Thu, 10 Oct 2019

Erra Fazira Akui Shahir Bukanlah Pilihan Utama

Wow, habistu siapa agaknya pilihan pertama Erra?

Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Fri, 28 Jun 2024
Hiburan Fri, 15 Nov 2024
Featured Fri, 17 Mar 2023
error: Content is protected !!