Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 24, 2019 @ 5:21pm

‘Tuhan Makbulkan Doa Saya’- Wany Hasrita

Penyanyi, Wany Hasrita, berkongsi khabar gembira lagu duetnya bersama Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, bakal dilancarkan bulan depan.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 31 itu berkata, lagu berjudul Belenggu Rindu terbabit adalah hasil ciptaan komposer dan penyanyi terkenal, Hael Husaini, serta Ezra Kong.

“Alhamdulillah, impian saya untuk berduet dengan penyanyi legenda yang saya minati itu menjadi nyata.

“Sejak awal lagi, jika ditanya siapa artis yang menjadi idaman saya untuk nyanyian secara duet, sememangnya beliau antara pilihan utama.

“Saya percaya, selain diri ini, ramai lagi artis dan peminat di luar sana yang mengagumi bakat serta nyanyiannya. Nampaknya, Tuhan memakbulkan impian saya,” kata Wany kepada BH Online.

Sebelum itu, Wany berkongsi ‘teaser’ lagu berkenaan di Instagram, yang bukan sekadar mendapat perhatian ramai pengikutnya, malah tidak kurang peminat mengucapkan tahniah.

Kata Wany, lagu berkonsep pop terbabit berkisar pada nasihat insan lebih berpengalaman kepada golongan muda mengenai hal kehidupan dan percintaan.

“Dalam percintaan, umpamanya, golongan muda tidak boleh terlalu mengikut hati dan perasaan,” katanya penuh makna.

Mengenai pencalonannya dalam ABPBH 32, penyanyi yang kini popular dengan lagu Terlalu Memuja itu enggan meletakkan harapan menggunung.

“Jika ditakdirkan menang, ia boleh dianggap sebagai bonus. Paling penting, inilah acara yang membolehkan kita sama-sama meraikan teman seperjuangan dalam seni,” katanya yang disokong kelab peminat, Wanyhasnizer.

Pada ABPBH kali ini, Wany menyaksikan namanya melekat sebagai calon Top 5 kategori Penyanyi Wanita Popular DuitNow bersama-sama Aishah, Siti Nordiana, Stacy dan Ara Johari.

Undian peringkat kedua dibuka sejak 20 Ogos lalu dan peminat boleh mengundi calon kegemaran masing-masing di www.abpbh.com.my.

ABPBH 32 yang ditaja oleh Alha Alfa Cosmetics dan DuitNow selaku penaja bersama akan mencapai kemuncaknya pada 22 September depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kredit: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 May 2026

Wak Doyok Dikecam Gelar Haroqs B*doh & Tak Handsome – “Dekat Dunia Sedap Kau Meny*lak Sedangkan Mereka…”

Rata-rata warganet tampil menegur tindakan Wak yang dilihat tidak sopan apabila mengelar Haroqs sebagai bodoh

Hiburan Sat, 29 Mar 2025
Hiburan Tue, 4 Jun 2024
Hiburan Wed, 27 Jun 2018

Alvin Chong Akui Hidup Lebih Teratur

Alvin juga dalam proses mengeluarkan satu lagi lagu, kali ini bersama penyanyi Indonesia, Dea Dalila. Lagu berjudul “Mencintaimu 99%” itu bakal dilancarkan pada 6 Julai, dan bertujuan untuk pasaran Indonesia.

Hiburan Wed, 29 Sep 2021

Puja Jadi Harapan Baharu Ika Mustafa

Ika Mustafa mungkin nama baru bagi sesetengah orang, namun beliau sudah lama berada di dalam industri muzik ini. Sebelum ini beliau pernah melahirkan beberapa buah single antaranya ialah lagu Damaikanlah yang menjadi runut bunyi kepada […]

error: Content is protected !!