Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 August 30, 2019 @ 4:10pm

Pengalaman Mematangkan Fasha Sandha

Kematangan Fasha Sandha dapat dilihat melalui sikapnya yang masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai yang sebelum ini pernah juga berkahwin dengan pelakon, Nora Danish. Fasha dan Jejai yang mendirikan rumahtangga pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua orang anak, Putra Rayfal Ramli (6 tahun) dan Putri Raysha Jemima (4 tahun 8 bulan) telah bercerai pada 20 Januari 2016 selepas tidak lagi berkesefahaman. 

 

Fasha yang kini sudah berkahwin dengan pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac yang lalu, tidak pernah membelakangkan bekas suaminya jika ada apa-apa keraian yang melibatkan anak-anak mereka. Baru-baru ini, Fasha melalui laman instagramnya telah berkongsi gambar dia mana mereka telah menyambut graduasi kedua-dua anaknya di suatu tempat pengajian sebelum melangkah ke alam persekolahan yang baru. Di dalam gambar yang dimuat naik Fasha, Jejai juga turut hadir meraikan anak-anak mereka di samping Aidil. Perkongsian ini telah mendapat banyak pujian dari netizen yang suka dengan cara Fasha mengendalikan keluarganya dan tidak pernah melibatkan anak-anak di dalam masalah penceraiannya. 

 

Majlis graduasi Putra Rayfal and Putri Raysha, anak-anak perkongsian hidup Fasha dan Jejai

Komen-komen peminat Fasha di entri tersebut

“So adore you kak Fasha! Walaupun dah takde apa-apa but still you didn’t left their father behind on every special occasion. You look so cool and classy” komen seorang netizen di gambar tersebut. 

 

Peminat Fasha turut memuji Aidil Aziz

Fasha pernah berkongsi perasaan di laman instagramnya suatu ketika dahulu dengan menulis kapsyen fotonya bersama Jejai dan anak mereka, “Penceraian tidak bermaksud kita harus membenci. Lakukan yang terbaik demi anak-anak kecil yang tidak berdosa, agar anak-anak membesar dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang.”

 

Tatkala kita digemparkan dengan berita cerai artis-artis Malaysia atau mungkin ianya terjadi di kalangan kenalan rapat atau ahli keluarga kita sendiri, mungkin pengalaman dan kematangan Fasha boleh dijadikan iktibar. Seharusnya anak-anak tidak diseret di dalam kemelut penceraian itu kerana emosi, mental dan jiwa mereka boleh terganggu terutama sekali jika anak-anak rapat dengan kedua ibu bapa. Aidil Aziz juga tidak terkecuali dipuji netizen kerana sanggup menerima Fasha dan anak-anak dan tidak sedikitpun nampak janggal memainkan peranan bapa kepada kedua-dua anak hasil perkongsian hidup Fasha dan Jejai walaupun belum mempunyai zuriat sendiri. 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 16 Nov 2018

Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus Di MAPS , Perak

MAPS Lancar Roller Coaster Boboiboy Galaxy Center dan Teater Hantu Kak Limah

Hiburan Wed, 1 Jun 2022
Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Lokasi, Tok Kadi Dah Ready, Awi- Atikah Kahwin 17 Mac 2019

Tarikh berkenaan merupakan hari orang bekerja jadi kami sepakat bawa ke 17 haribulan. Insha Allah majlis nikah bakal diadakan di Singapura. Semoga lancar semuanya!

Hiburan Wed, 5 Oct 2022
Featured Sat, 13 Jul 2024

“Saya Tak Pernah ‘Check’ Phone Suami..”- Marsha Milan Akui Memilih Hidup Berteraskan Kepercayaan

wah bagus lah yang penting ada kepercayaan antara satu sama lain kan

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Lama Bercinta…Fadlan Hazim Buka Mulut Soal Kahwin

Pelakon drama Seribu Rindu ini mengenali Julie sejak zaman sekolah dan pernah menjadi teman baik.

Hiburan Mon, 29 Sep 2025
Contest Wed, 13 Nov 2019

#XtraGiveaway: Enter This Contest And Stand A Chance To Win 6 Free Tickets To Watch Al Mckay’s Christmas Eve Concert

Join the contest and stand a chance to win 6 pairs of free tickets to watch Al Mckay’s Earth, Wind and Fire Experience exclusively brought to you by Resorts World Genting.

Hiburan Tue, 5 May 2026

Izreen Azminda Luah Rasa Sebak, Hargai Keikhlasan Intan Saleh Sudi Memaafkan & Berdamai – “Jika Dapat Diputarkan Kembali, Tak Mungkin Jalan Ini Dipilih”

Izreen turut meluahkan rasa kesal terhadap apa yang telah berlaku dan mengakui andai masa boleh diundurkan, dia tidak akan memilih jalan yang sama.

error: Content is protected !!