Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 5, 2022 @ 11:50am

Terpaling Juara: Rasa Nak Muntah Sebelum Buat Persembahan, Shaz Belajar Kawal Gementar

Peserta program realiti Terpaling Juara, Shaz gementar apabila berada di kedudukan dua terbawah pada pusingan separuh akhir, Ahad lalu.

Menyampaikan lagu Hanya Nama-Mu nyanyian asal Caliph Buskers, Shaz mengakui sukar untuk mengawal perasaan gemuruh.

“Saya mengaku sebenarnya kelemahan saya adalah gementar, saya susah sangat nak kawal perasaan itu dan ini adalah proses pembelajaran untuk kawal gemuruh dalam diri saya.

“Sebelum membuat persembahan, saya akan rasa nak muntah berkali-kali walaupun saya dah biasa menyanyikan lagu tersebut.

“Sebab saya tahu saya berada dalam pertandingan dan persembahan saya dinilai, itulah yang buat saya sangat gementar,” kongsinya.

Ketika ditemui XTRA, Shaz juga berharap dia akan mengawal perasaan gementar itu sekaligus dapat memuaskan hati semua pada konsert akhir nanti.

Disoal mengenai persembahannya yang dikatakan kurang memuaskan pihak juri, Shaz berkata tidak mudah baginya untuk mengekalkan momentum pada saban minggu.

“Ada minggu-minggu saya berikan yang terbaik, jadi untuk kekalkan momentum itu tidak mudah.

“Saya ibaratkan Terpaling Juara ini membawa impian setiap orang bukan impian saya sahaja, jadi tekanan itu pasti ada,” ujarnya.

Bakal membawakan lagu Gelisah Mimpi nyanyian asal Liza Hanim untuk nyanyian solo pada konsert akhir nanti, Shaz berharap dia tidak akan membuat kesilapan untuk mempersembahkan lagu popular tersebut.

“Saya ambil ia sebagai tanggungjawab sama ada akan mengekalkan susunan asal ataupun sebaliknya.

“Saya berharap saya takkan lakukan kesilapan pada malam itu nanti,” katanya.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Terpaling Juara setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.

Terpaling Juara juga dapat disaksikan dengan strim langsung secara definisi tinggi di laman portal video www.tonton.com.my

Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 27 Jan 2021

“Orang Kata Saya Angkuh…”- Dr Noor Hisham Abdullah

Jangan main serkap jarang je gaisss…

Trending Wed, 12 Feb 2020
Hiburan Wed, 26 Feb 2020
Featured Fri, 20 Jun 2025
Events Tue, 5 Nov 2019

APink, K-Clique and More to Heat Up The Stage of LAZADA 11.11 Super Show This Year!

Countdown to the biggest one day sale with the Lazada 11.11 Super Show!

Featured Mon, 22 Jun 2026

“Kenapa Kalau Melawak Kena Malukan Orang Lain, Low EQ?” – Hafreez Adam

Hafreez Adam tampil menegur tindakan segelintir pihak yang bertindak memalukan orang lain bertujuan untuk melawak semata-mata.

Trending Wed, 20 Jun 2018

这只狗狗每次都会「自己搭公车到公园玩」

在美国西雅图竟然有一只会自己搭公车的狗狗!

Featured Tue, 22 Aug 2023

“Tak Payah Sibuk Berbini 2, I Pun You Tak Boleh Handle!” – Anzalna Nasir ‘warning’ Suami Isu Poligami Abang Tesla

Setuju! Isteri sendiri pun kadang tak terlayan, ada hati nak kahwin lain ye dak?🤣

error: Content is protected !!