Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops April 26, 2018 @ 5:00pm

Serlahkan Skil Seni Anak Anda Di Dapur Melalui Aktiviti Membuat Biskut Bergambar Abstrak Ini

Ingat tak dulu masa kita kecil? Di sekolah atau tadika, kita ada buat seni lukisan di mana kita meniup watercolour di atas kertas dengan straw hingga terbentuk sebuah seni abstrak yang unik.

Foto: oneinchworld.com

Sebenarnya anda pun boleh hasilkan seni yang sama di atas kepingan biskut! Biar biskut itu jadi kanvas anda.

Ini juga boleh dijadikan sebagai satu aktiviti yang anda boleh lakukan bersama anak anda. Berikan dia peluang untuk tunjukkan kreativitinya.

Jom cuba!

Anda perlukan:

  • 4 cawan tepung serbaguna
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 2 cawan gula
  • 2 sudu kecil ekstrak vanila
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 cawan mentega tawar (unsalted)
  • 2 telur besar
  • Pewarna makanan

Cara-cara membuat biskut:

  1. Alaskan dua loyang dengan kertas minyak, kemudian letak tepi.
  2. Dalam mangkuk besar, tapis sekali tepung, garam dan serbuk penaik. Letak tepi.
  3. Dalam mangkuk lain, adun mentega dan gula dengan menggunakan hand mixer hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi.
  4. Masukkan campuran tepung tadi dan mix dengan kelajuan perlahan sampai sebati. Campurkan ekstrak vanila. Cover dengan plastic wrap dan sejukkan di dalam peti ais selama 45 minit.
  5. Panaskan oven ke 160 darjah Celcius.
  6. Di atas permukaan yang ditabur dengan tepung, uli adunan tadi hingga ia setebal ¼ inci. Alihkannya ke loyang yang dialaskan dengan kertas minyak dan sejukkan sampai keras, iaitu lebih kurang 15 minit.
  7. Potong adunan leper (yang dah jadi macam biskut) tadi ke bentuk segi empat sama besar. Letakkan balik ke atas loyang dengan jarak 2 inci antara setiap keping.

Cara-cara menghias:

  1. Untuk menghiasinya, letakkan beberapa titik pewarna makanan di atas kepingan biskut. Tanpa membuang masa, tiupkan cecair itu ke arah yang berlainan di serata permukaan biskut itu. Ikutlah citarasa anda memilih design macam mana dan untuk menggunakan seberapa banyak warna pun.
  2. Sejukkan biskut yang telah dihias di dalam peti ais sampai keras, iaitu lebih kurang 15 minit.
  3. Bakar di dalam oven selama 12 ke 15 minit, sampai sisi-sisi biskut bertukar warna coklat. Dengan menggunakan sudip besi, alihkan ke rak dawai untuk disejukkan.

Senang saja! Aktiviti ini bukan saja dapat menolong memupuk minat seni di dalam diri anak anda, malah ia memberikan peluang kepada anak anda untuk biasakan diri di dalam dapur.

Manalah tahu, mungkin dia akan mula minat memasak atau baking tak lama selepas itu? Senanglah kerja anda nanti!

Sumber: Martha Stewart

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 5 Aug 2022

[VIDEO] “Tak Pernah Tinggi Suara” – Aaron Aziz Syukur Dikurniakan Isteri Penyayang

Alhamdulillah dah 19 tahun dah perkahwinan Aaron Aziz dan isteri, semoga sentiasa bahagia disamping family tersayang.

familuv Fri, 7 Sep 2018

Penyusuan Badan Membekalkan Nutrisi Terbaik Untuk Bayi Tapi…

Demi kebaikan si kecil, para ibu yang mengidap HIV tidak dibenarkan sama sekali menyusukan bayi mereka.

familuv Tue, 1 Jan 2019

Bila Jadual Harian Anak Terlalu Padat Dengan Pelbagai Aktiviti, Ini Akibatnya!

Kanak-kanak bukan saja hilang tumpuan untuk belajar tetapi juga selera makan!

familuv Mon, 23 Sep 2019

6 sikap ibu bapa punca anak tidak berjaya

Kekerasan bukan cara mendisiplin si kecil

Cahaya Mata Fri, 23 Dec 2022
familuv Fri, 24 Feb 2023
familuv Mon, 22 Jul 2019

Isteri makan hati dapat suami ‘anak emak’, apa penyelesaiannya?

Suami harus adil dalam membahagikan kasihnya!

familuv Thu, 12 Dec 2019

10 manfaat bagi kanak-kanak yang belajar memasak

Aktiviti ini berfaedah untuk si kecil dan juga ibu bapa.

familuv Fri, 15 Mar 2019
error: Content is protected !!