Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal September 1, 2019 @ 11:24am

Betul Ke Akaun Twitter CEO Twitter Digodam?

Akaun Twitter Jack Dorsey telah digodam dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.  Akaun yang dimiliki oleh CEO Twitter itu dilihat sempat mengeluarkan beberapa tweet yang kurang menyenangkan sebelum ianya dipadam.

Pasukan komunikasi Twitter dalam satu tweet berkata mereka sedar akan perkara itu dan sedang melakukan siasatan.

Difahamkan penggodam akaun terbabit menggelar diri mereka The Chuckle Squad dan kumpulan ini juga dikatakan turut terlibat menggodam beberapa akaun Twitter selebriti Youtube sebelum ini.

Menurut The Verge, penggodam itu sempat mengeluarkan tweet yang berbaur perkauman dan juga satu tweet yang memanggil orang ramai untuk menyertai server Discord mereka. Difahamkan Discord telah pun mematikan server penggodam itu susulan kejadian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Apr 2025

Bukti Rumah Tangga Masih Utuh, Risteena Kongsi Perbualan Manja Bersama Suami… Saling Luah Rasa Rindu

Risteena kongsi perbualan mesra bersama suami, bukti rumah tangga masih utuh

Trending Sun, 17 Apr 2022
Hiburan Wed, 26 Apr 2023
Hiburan Sat, 5 Aug 2023
Trending Thu, 25 Feb 2021
Featured Tue, 31 Dec 2024

Mahkamah Beri Kebenaran, Vivy Yusof & Suami Terima Pasport Sementara Tunai Umrah

Pasport diserahkan kepada Vivy , dan Fadzaruddin menerusi peguamnya.

error: Content is protected !!