Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana April 26, 2023 @ 2:17pm

“Tak Pernah Difikir Orang..” – Gunakan Kucing, Aunty Purple Datang Dengan ‘Transition’ Hari Raya Buat Netizen Kagum

Sebut sahaja warna ‘purple’, sudah pasti ramai terfikir mengenai seorang pempengaruh media sosial TikTok yang menggunakan nama Aunty Purple.

Aunty Purple terkenal dengan minatnya kepada warna ungu sehingga hampir semua pakaian dan barangan rumah berwarna ungu.

Bukan sahaja terkenal dengan warna kesukaannya, video transisi yang sering dihasilkan menjadi tontonan ramai.

Baru-baru ini, video yang dimuat naik oleh Aunty Purple meraih tontonan sebanyak 4.6 juta kerana idea kreatifnya membuat transisi penukaran baju Raya bersama ahli keluarga.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya, mereka sekeluarga kelihatan memakai baju biasa pada awalnya dan bertukar kepada baju Raya berwarna kuning.

Apa yang lebih menarik perhatian ramai apabila dia hanya menggunakan seekor kucing sebagai ‘prop’ transisi penukaran baju Raya dengan melintasi kamera secara ‘smooth’.

@auntiepurple248 Replying to @ur mom Tahun ni Famili Besar Kami Tema Kuning Pastel. Siapa team kuning 🙋‍♀️ Selamat Hari Raya! #inspirasiRaya #transitionRaya ♬ follow for more raya remix – *ੈ✩‧₊˚HarryRaya*ੈ✩‧₊˚

Menjengah ke ruangan komen, pemikiran kreatif dan transisi yang luar biasa mendapat pelbagai reaksi rata-rata warganet kerana kagum dengan video transisi yang kelihatan sangat ‘smooth’ tanpa cacat cela.

Malah, ada yang berseloroh mengenai bayaran kucing tersebut kerana faham apa yang perlu dilakukan.

“Aunty, tak pernah difikir orang nak buat transition pakai kucing. Kreatif dan terlebih ni. Aunty menang tahun ni. Terlebih smooth ni auntie. Perghh, mana aci pakai kucing buat transition. Lain dari lain I.

“Berapa payment kucing tu dapat aunty? Kucing understood the assignment. Habislah kucing-kucing raya tahun ni busy kena tolong masuk camera buat transition,” ujar netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 8 Feb 2021

Rupanya Bakal Cikgu Kacak Ini Yang Menyanyikan OST Rahimah Tanpa Rahim!

Penyanyi baru, Aliff Iskandar bersyukur lagu nyanyiannya menjadi pilihan penerbit untuk dijadikan lagu tema drama bersiri. Kini, lagu terbaru bakal guru yang sedang menuntut di Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur berjudul Perit ini dipilih […]

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

After 25 years, Mariah Carey’s Holiday Hit Is Finally Number One!

Yeay for my all time favourite Christmas song, hands down!

Featured Thu, 4 Feb 2021

“Ya Allah.. Kesiannya Tengok” – Netizen Sayu Lihat Keadaan Gadis Menderita Serebral Palsi

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. Tular di media sosial mengenai kisah seorang gadis berusia 20 tahun yang menderita penyakit serebral palsi  dan epilepsy. Foto tersebut dikongsi oleh ribuan orang ramai yang turut bersimpati […]

Featured Tue, 23 Jan 2024

Mamat Exist Didakwa Miliki & Hisap Dadah Jenis Methamphetamine Secara Berulang 

Mamat mengaku tidak bersalah hari ini selepas didakwa atas pertuduhan memiliki dan menggunakan dadah lima tahun lalu.

Hiburan Thu, 4 Jul 2024
Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Featured Tue, 20 Sep 2022

Bapa Jadikan Dua Anak Hamba S*ks Sejak 7 Tahun Dipenjara 428 Tahun & 240 Sebatan

Fuhhh, hukuman setimpal dengan perbuatan keji bapa durjana 😡🤬🤬

error: Content is protected !!