Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal August 25, 2019 @ 2:17pm

Air Suam Lebih Sihat Berbanding Air Sejuk?

Mempunyai rasa yang sama, kita sering memilih air sejuk. Jadi apa sebenarnya yang menyebabkan ia berlaku? Mengapa air sejuk kerap menjadi pilihan?

Walau bagaimanapun, ada di kalangan kita yang lebih memilih untuk meminum air suam berbanding air sejuk atas alasan, ia didakwa minuman yang lebih sihat. Dakwaan itu tidak benar dan tidak juga salah.

Ini kerana air sejuk dan air suam atau panas ada kelebihan yang tersendiri. Antara kebaikan yang diperolehi jika kita meminum air panas ialah:

  • dapat membantu dalam melegakan hidung tersumbat
  • boleh membantu meransang pencernaan
  • memperbaiki peredaran darah

Akan tetapi kita juga tidak digalakkan untuk minum air panas selepas bersenam. Ini kerana suhu badan yang sedia tinggi akibat bersenam akan semakin meningkat jika kita meminum air panas sekaligus boleh mendatangkan mudarat kepada kita.

Manakala antara faedah yang boleh korang dapat jika meminum air sejuk pula ialah:

  • dapat menstabilkan kembali suhu badan selepas bersenam
  • meransang metabolisme seterusnya membantu menurunkan berat badan
  • meminimumkan risiko untuk terkena strok haba

Namun, elakkan untuk meminum air sejuk sejurus selepas makan. Jika kita melakukannya, badan kita akan memerlukan lebih banyak tenaga serta melambatkan proses untuk menghadam makanan. Ia juga boleh mengakibatkan rasa senak.

Secara ringkasnya, tiada masalah untuk korang minum air sejuk, air suam atau air panas asalkan kena pada masanya. Apa yang penting, kurangkan meminum air manis dan air berkabonat serta elakkan daripada meminum minuman beralkohol.

Sumber: Dollar Shave Club, ScienceFocus, Kent

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 29 Dec 2018

Anak Boleh Kena Cirit Birit Lepas Mandi Laut, Ikuti Tips Keselamatan Ini

Anak Boleh Kena Cirit Birit Lepas Mandi Laut, Ikuti Tips Keselamatan Elak Anak Jatuh Sakit

LIFESTYLE Wed, 16 Jan 2019

Stand Out This Chinese New Year in Timely Style

These watches will definitely get people talking.

LIFESTYLE Fri, 7 Sep 2018

Bosan Tersangkut Dalam Kesesakan? Cuba Aktiviti Ini!

Mati kutu dalam kesesakan trafik jadi nak buat apa? Ini sekadar pengkongsian yang boleh admin share

LIFESTYLE Fri, 9 Aug 2019

Beg Lebih Kecil Dari Tapak Tangan Tapi ..

Harganya Boleh Buat Luruh Jantung

LIFESTYLE Sun, 8 Jul 2018

4 Tips Menjaga Kecantikan Di Waktu Malam

4 tips menjaga kecantikan di waktu malam agar mendapat kelembutan seperti menjaganya di siang hari

FESYEN Thu, 9 Aug 2018

Meriah! KLFW 2018 Penuh Warna

Alami kehangatan KLFW dengan pelbagai jenama yang pastinya akan membuatkan anda rambang mata!

LIFESTYLE Tue, 17 Sep 2019

Antara Masalah Kesihatan Akibat Jerebu!

Jerebu boleh mengakibatkan penyakit lebih risiko dan yang tidak pernah mengalaminya bakal alami

LIFESTYLE Thu, 18 Apr 2019

这四大星座有晚睡强迫症,你上榜了吗?

你是不是白天很瞌睡,晚上睡不着?夜晚总舍不得去睡?这是一种莫名其妙的神经亢奋,这就是现代人常患有的晚睡强迫症。

LIFESTYLE Thu, 5 Sep 2019

5 Kerja Rumah Ini, Boleh Beri Kesan Negatif Pada Kehamilan

Nak buat kerja rumah yang ringan-ringan boleh tapi kalau ada yang membantu lebih baik

LIFESTYLE Mon, 7 Jan 2019

Bila Anak Meragam Takut Ke Sekolah, Apa Perlu Kamu Buat?

Bila anak menangis depan pintu pagar tadika, jangan buntu ya puan-puan…ada caranya tau!

error: Content is protected !!