Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 2, 2019 @ 11:21pm

Dayang dan Hael, Siapa Tumpang Populariti Siapa?

Kemesraan antara penyanyi tersohor Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini bukanlah sesuatu yang baru dihidu netizen. Setelah bersama-sama bergandingan di dalam lagu Haram, mereka kerap dilihat bersama. Lagu itu telah menobatkan mereka sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-33, Februari lalu dan melonjakkan lagi nama mereka di persada seni tanah air. 

 

Dayang dan Hael serasi bersama

 

Pejam celik, Dayang sudahpun berada di industri muzik selama dua dekad dan apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Hael Husaini, Dayang berkata dia serasi berduet dan berkawan dengan Hael. Terdahulu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Lelaki Teragung ini juga pernah digossipkan dengan Anuar Zain apabila mereka sering bekerjasama. 

Gandingan duet mereka sentiasa dinanti-nanti

Walaupun sesetengah netizen skeptikal dengan kemesraan mereka di media sosial kerana mereka rasa ianya adalah gimik semata-mata, Dayang sedikitpun tidak terkesan dengan pendapat mereka. 

“Kami tetap bersahabat dan turut merancang penghasilan lagu duet seterusnya. Saya akui, Hael antara rakan duet yang serasi dan terbaik buat saya, selain Anuar,” katanya kepada Berita Harian.

 

Tetapi yang paling melucukan apabila kemesraan antara Dayang dan Hael sentiasa menjadi bahan pereka fesyen terkenal tanahair, Dato’ Rizalman Ibrahim di laman instagramnya @rizalman71.  Netizen turut terhibur dengan telatah Dato’ Rizalman yang tidak habis-habis ‘menyampah’ dengan kehadiran Hael di sisi Dayang di mana-mana acara majlis. 

View this post on Instagram

taknak nyanyi dah lagu Gurindam Jiwa tu

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

 

Apa-apa pun tiada isu siapa tumpang populariti siapa kerana kedua-dua penyanyi tersebut masing-masing mempunyai kelompok peminat mereka sendiri dan walaupun Dayang sudah dua dekad berkecimpung di dalam dunia muzik, Hael juga mampu berdiri atas namanya sendiri apabila dia telah memenangi Anugerah Juara Lagu 2018 melalui lagu solo popularnya ‘Jampi’. Netizen jangan buruk sangka ok? 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Mar 2024

Bawa Genre Dangdut, Feel Koplo Besar Hati Mahu Remix Lagu Siti Nurhaliza

Wow! Min pun tak sabar nak dengar lagu-logu TokTi di dangdut kan. Mesti gempak!😍😍😍

Hiburan Thu, 8 Aug 2019

Gempak Habis…Gabungan Pemuzik Handalan Asia Dalam Project E.A.R!

Pengenalan pertama Project E.A.R. memperlihatkan Pop Shuvit (Malaysia), Slapshock (Filipina), Thaitanium (Thailand), Saint Loco (Indonesia) dan Ahli Fiqir (Singapura) mempersembahkan medley lagu-lagu dalam bahasa kebangsaan masing-masing (Bahasa Malaysia,Indonesia,Tagalog dan Thai).

Fab Foodies! Thu, 26 Jul 2018

Would You Spend RM1,000 for an Ice Cream Cake?

It looks extremely gorgeous!

Hiburan Thu, 6 Feb 2025
Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Hiburan Sun, 2 Nov 2025
Hiburan Tue, 16 Jan 2018

Alhamdulillah…Farid Kamil Sudah Bebas!

Farid dibebaskan dengan ikat jamin oleh adiknya, Fadzil Zahari, kira-kira jam 3 petang tadi.

Hiburan Wed, 9 Apr 2025
error: Content is protected !!