Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 3, 2019 @ 1:49pm

‘Tipu Kalau Saya Tak Sedih’- Alif Satar

Penyanyi dan pengacara terkenal, Alif Satar mengaku terkesan selepas perancangan untuk mengerjakan Haji pada tahun ini terpaksa dilupakan.

Aliff yang sepatutnya berangkat pada Ogos lalu terpaksa menolak tawaran atas tuntutan komitmen kerja dan hal peribadi.

“Saya percaya ada hikmah atas apa yang terjadi. Tipu kalau saya cakap tidak sedih atau kecewa. Sejak tahun lalu saya memang memasang impian untuk menunaikan Haji.

“Malah saya juga sudah mengikuti kursus Haji. Saya juga dijemput oleh Neelofa turut serta menjalankan kursus Haji di rumahnya.

“Seharian saya berfikir kenapa agaknya ‘jalan’ ke sana agak sukar sehinggalah saya teringat balik satu doa yang pernah dibaca di depan Kaabah,” katanya ketika ditemui Xtra.

Katanya ketika ditemui di majlis penjenamaan semula minyak masak Alif,  antara doa yang pernah dibaca di Tanah Suci ialah mahu menunaikan ibadah Haji selepas menghantar kedua ibu-bapanya ke sana terlebih dahulu.

“Itu antara doa yang pernah saya sebut di hadapan Kaabah. Mungkin sebab itu, saya perlu melunaskan janji saya sebelum sampai ke sana.

“Insha Allah, saya akan menghantar ibu-bapa dahulu dan selepas itu saya pula menyusul kemudian. Doakan agar urusan dipermudahkan,” akhiri Alif.

Difahamkan, isteri Alif, Shadila Halid bakal melahirkan anak ketiga pada awal Oktober nanti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Dec 2021

Jeongyeon TWICE Mendedahkan Agensi Tolak Tawaran Untuk Dirinya Berlakon

Selain berkebolehan menari dan melakukan persembahan di atas pentas, peminat kumpulan K-Pop popular TWICE juga pastinya teringin melihat ahli kumpulan itu berlakon dalam drama. Namun, harapan mereka untuk melihat lakonan ahli kumpulan TWICE mungkin tidak […]

Featured Fri, 27 Feb 2026

Fazura Puji Que Haidar Lelaki ‘Green Flag’ – “Dia Beradab, Tak Suka Menunjuk & Ada Kualiti Yang Saya Suka”

Fazura sifatkan Que Haidar sebagai seorang lelaki yang ‘green flag’ dan merendah diri.

Trending Mon, 13 Jun 2022

“Saya Berdosa Urusan Saya Dengan Allah…” – Isteri Caprice Anggap Komen Negatif Seperti ‘Free Marketing’

Farra Inalis menganggap komen negatif sebagai free marketing perniagaannya.

Hiburan Mon, 30 Sep 2019
Hiburan Wed, 20 Nov 2019

《PRODUCE KOL练习生》拍摄完成!练习生录影出意外紧急送院

《PRODUCE KOL练习生》参赛者结束6天拍摄,过程出意外导致紧急送院!

error: Content is protected !!