Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 6, 2019 @ 6:50pm

‘Bukan Mudah Sebenarnya…’- Kenapa Tu Mimi Lana?

Pelakon Mimi Lana antara yang kerap menghiasi kaca televisyen dalam drama-drama popular masa kini.

Dengan jadual kerja yang padat, pelakon berusia 23 tahun ini mengambil keputusan bercuti selama sebulan dari melakukan sebarang aktiviti seni.

“Lega rasanya dapat bekerja selepas sebulan bercuti dari berlakon.

“Jadi pelakon perlu bawa tanggungjawab yang ramai tidak nampak. Saya kagum dengan para pelakon yang terus bekerja tanpa cuti. Bukan mudah sebenarnya,” tulisnya di Instagram.

Akui pelakon tinggi lampai ini, dia memuji para pelakon yang mempunyai komitmen dengan berlakon dalam enam ke tujuh watak dalam setahun.

“Macam mana nak cari jalan pulang tu. Tambah tambah yang jenis bagi 100% dalam semua projek. Memang menarik tetapi menakutkan.

“Memang penghormatan untuk para pelakon di seluruh dunia,” puji Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Roziana Zainal Abidin.

Sebelum ini, Mimi pernah dikenali menerusi drama Halalkan Hati Yang Ku Curi, Mawar Murni dan banyak lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Takziah, Cucu Prof Dr. Muhaya Telah Kembali Ke Rahmatullah

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Hiburan Wed, 5 Jun 2019

Syamel Sebak Pertama Kali Beraya Tanpa Datuk Tersayang

Tidak dapat Syamel bayangkan perasaan berhari raya tanpa datuk…

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Hiburan Mon, 12 Nov 2018

#Mentor7 : Akur Pilihan Siti Nordiana, Mimi Mahu Cuba Nasib Lagi Tahun Depan

Syamimi juga merupakan anak didik penyanyi Amir Ukays di mana dia sering mengadakan persembahan bersama di majlis-majlis perkahwinan.

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Zizie Izette Suka Baju Sedondon Walaupun…

Memang suka tengok cara berpakaian Zizie dan anak-anak! So picture worthy!

Hiburan Mon, 5 Aug 2019

Tahniah…Nina Iskandar Kini Bergelar Isteri Penolong Pengarah!

Bagi saya, ini waktu sesuai saya mengadakan majlis resepsi selain diadakan sempena hari jadi.

Hiburan Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Thu, 14 Dec 2023

Pelakon Indonesia Keluar Masuk Lokap, Isteri Failkan Cerai Tertekan Suami Ketagih Syabu, Ganja

Alamak! Gara-gara najis dadah, habis berantakan rumah tangga.

error: Content is protected !!