Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 13, 2019 @ 3:16pm

Zizie Izette Suka Baju Sedondon Walaupun…

Pelakon Datin Seri Zizie Izette memang gemar memadankan pakaian anak-anaknya dan sering memuatnaik foto-foto mereka di dalam persalinan yang sedondon di akaun instagramnya @zizieizette. 

Perkongsian terbaru Zizie, dia mengatakan bahawa jenama bukan lagi menjadi pilihan semasa membeli pakaian dan tetap akan membeli pakaian yang kelihatan cantik dan sesuai walaupun harganya RM10. 

“Gambar kelmarin.  Seperti yang anda lihat, saya suka memakai pakaian sedondon dengan anak-anak. 

“Saya bangga memikul tanggungjawab untuk memastikan mereka berpakaian elok dan kelihatan cantik dan kemas. Biar pun baju tak mahal, takde brand sekali pun. Janji nampak rapi dan kemas.

“Sejujurnya kalau saya nampak baju harga RM10 pun saya akan beli kalau baju tu cantik.

“Lagipun sayang, anak-anak cepat membesar tambah pula dengan ekonomi yang kurang baik. Lebih baik berjimat untuk persekolahan anak-anak akan datang.

“Tanggungjawab dah besar dan anak-anak dah ramai. Kena ukur baju di badan sendiri. Jangan pula ‘biar papa asal bergaya’. Betul ke betul?” tulis Zizie sebagai kapsyen entri instagram tersebut. 

Lihat sajalah foto-foto yang dikongsi dalam akaun instagram Zizie! Comel-comel belaka!

 

Zizie yang bernikah dengan  Datuk Sri Bung Mokhtar Radin pada Disember 2009 mempunyai 5 orang anak bersama iaitu sepasang  kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, dua orang anak angkat  iaitu Naila Nurjenna dan Aaric Zayn Izette dan seorang bayi perempuan, Aalisa Belle Izette yang lahir Mac lalu. 

Sumber Foto: Instagram @zizieizette

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 18 Aug 2018

Wah! Keluarga Nick Jonas Jadi Tumpuan Di Madras

Beberapa keping gambar yang berjaya dirakam memperlihatkan Nick Jonas bersama ibu-bapanya di Lapangan Terbang Antaranbangsa Chhatrapati Shivaji untuk menyambut ketibaan ibu bapanya.

Featured Fri, 22 Aug 2025

Intan Najuwa Mahu Keadilan Buat Arwah Zara Qairina –  “Jangan Jadikan Wang Alasan Untuk Lepas Siapa Yang Bersalah”

Intan Najuwa mahu keadilan ditegakkan buat arwah Zara Qairina #justiceforzara.

Cahaya Mata Thu, 20 Jul 2023

Isteri Yonnyboi Selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertama, Diberi Nama Panggilan Kairo

Alhamdulillah congrats Yonny & Nik Nazira! Sempat tengok Barbie lagi tu

Featured Wed, 23 Nov 2022
Featured Tue, 20 Sep 2022

[VIDEO] Anak Faziani Rohban Selamat Bernikah, Namun Kerusi Adik Bongsu ‘Kosong’ Buat Keluarga Sebak!

Alahai min pun ikut sebak! 😥 Apa jadi sekalipun hubungan adik beradik takkan pernah putus…

Selebriti Wed, 11 Oct 2023
error: Content is protected !!