Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 10, 2019 @ 11:57am

Gandingan Mantap Neelofa Dan Tommy Hilfiger

Seperti yang sedia maklum, beberapa artis Malaysia telah menjadi jemputan pereka-pereka fesyen antarabangsa bagi menonton persembahan peragaan mereka di New York Fashion Week. Baru-baru ini pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa meluahkan rasa terujanya apabila telah bertemu empat mata dengan pereka fesyen kegemarannya, Tommy Hilfiger semasa sesi ‘fitting’ bagi jenama itu di New York. 

Baca:https://www.xtra.com.my/ms/category/celeb-buzz/posts/selebriti-dan-ikon-fesyen-malaysia-tetamu-nyfw

 

Bertemu dengan salah seorang pereka fesyen kegemarannya, Tommy Hilfiger di New York baru-baru ini. – foto dari IG @neelofa

“You look great” ungkap pereka fesyen terkenal Amerika Syarikat itu apabila diperkenalkan kepada Neelofa. 

 

“Ketika sesi ‘fitting’ berlangsung, beliau tiba-tiba muncul dan memberi komen-komen positif kepada busana yang telah saya cuba.  Beliau sangat baik. Saya berasa sangat merendah diri dan berbesar hati apabila beliau mempelawa saya untuk bergambar bersama. 

 

“Team Tommy Hilfiger juga sangat membantu saya ketika process ‘fitting’. Mereka juga sangat natural ketika menggayakan hijab untuk saya,” kata Neelofa lagi. Proses ‘fitting’ ini telah dikongsi oleh Neelofa di dalam laman instagramnya.

 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

 

Hijab stail Neelofa oleh label Tommy Hilfiger

Sesi ‘fitting’ Neelofa bagi jenama antarabangsa Tommy Hilfiger di New York

 

“Koleksi yang diperagakan semalam terdiri daripada busana kasual. Jadi saya boleh melihat diri saya ini menggayakan koleksi berkenaan, terutama koleksi busana kasual lelaki,” kata Neelofa yang begitu menggemari kebanyakan busana-busana yang ada dalam koleksi terkini Tommy Hilfiger terutama sekali  gaya baju panas yang diperagakan.

 

Tidak hairanlah mengapa pelakon ini memilih fesyen baju panas sebagai kegemarannya kerana beliau sendiri telah berkolaborasi dengan Coolulu, sebuah syarikat di United Kingdom dan menghasilkan koleksi baju panas di bawah Lofa Brand. Namun, sama ada fesyen yang kasual mahu pun formal, Noor Neelofa sentiasa kelihatan bergaya dan stylish dan menjadi rujukan hijabista. Lihat sajalah foto ‘ootd’nya jika bercuti ke luar negara!

 

Jika tidak mempunyai penggambaran atau pertunjukan fesyen, fesyen baju panas adalah pilihan utama Neelofa. – foto dari IG @neelofa

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Sep 2023

“Kami Kembali Rujuk Pada 31 Ogos Lalu” – Farid Kamil

Alhamdulillah! Jodoh masih kuat! Semoga berbahagia FK & DD

Hiburan Thu, 3 Jul 2025
Hiburan Wed, 31 May 2023

Music Is Universal Tampilkan DOLLA, Airliftz, & Mikha Angelo

fuh lain macam lah acara muzik serantau ni

Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Featured Thu, 30 Jun 2022

“Hanya Kerana Sedikit Kesilapan, Aku Pun..” – Nukilan ‘Tangisan Malaikat’ Timbulkan Tanda Tanya, Yasin Sulaiman Dikhianati Rakan?

Alahai sebaknya. Yasin cipta lagu baru disebalik tirai besi 😭 Deep betul maksud lagi ni

Featured Tue, 30 May 2023

Selepas Dedah Kahwin Di Luar Negara, Tash Yong Pilih Tutup Mulut – “Cara Terbaik Adalah Diam”

Diam, menyepi, berdamai dengan diri, makan & tidur – Tash Yong

Hiburan Sat, 4 May 2024
error: Content is protected !!