Pernah bergelar ibu tunggal selama tiga tahun, pelakon Fasha Sandha bersyukur diberi peluang kedua menjadi isteri semula.
Akui Fasha, dia menyifatkan gelaran itu sebagai pinjaman serta amanah dari Allah SWT.
Menerusi sebuah entri di Instagram, ibu anak dua ini berkongsi pesan dengan pengikutnya agar tidak memperlekehkan mana-mana wanita yang memegang status ibu tunggal kerana itu bukan suatu pilihan.
“I was a Janda before dan saya bangga dengan gelaran berkenaan. Sebab apa? Sebab I janda bekerjaya, cari duit untuk keluarga, tak meraih simpati dan kuat. Tak ada apa nak malu dengan gelaran ‘Janda’ tu.
“Ramai kata Fasha wanita besi. Sejujurnya bukan setiap masa jadi besi. Ada masa jadi besi karat juga (tapi tak suka tunjuk).
“Dalam dunia ni, akan ada haters dan ada juga ramai lovers. Setiap kebaikan kita buat akan tetap ada silap di mata haters tapi peduli apa kan…teruskan buat apa yang kita suka. Tak semua orang suka kita happy. Ada juga yang rasa gembira dan suka bila kita down,” tulisnya.
Sementara itu, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini juga meminta netizen tidak berterusan menjatuh hukum terhadap golongan selebriti yang disifatkan suka bercerai.
“Eh hello…bukan artis je bercerai berai. Orang bukan artis lagi banyak bercerai berai cuma tak masuk paper je sebab orang tak peduli.
“Artis juga selalu akan cuba yang terbaik untuk selamatkan perkahwinan. Tapi bila tak berjaya, itu adalah takdir,” tulisnya.
Bintang drama Syurga Yang Kedua itu pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5.
Fasha kini bergelar isteri kepada Aidil Aziz selepas bernikah pada 30 Mac lalu.
“Tarikh itu biarlah rahsia,” demikian kata penyanyi Siti Saerah, 34, yang memilih untuk merahsiakn dahulu tarikh pernikahan kali kedua dengan jejaka pilihan hati yang juga kenalan lamanya, Mohd Sharidan Johari, 31. Saerah yang belum bersedia […]
Perkara itu didedahkan selepas bekas pelakon Kanada, Jennifer Kobelt membuat laporan kepada pihak berkuasa New York mengenai eksperimen dilakukan Porter yang mengakibatkannya trauma.
Setelah beberapa kali ditangguhkan, teater Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical terpaksa dibatalkan. Pengumuman rasmi itu diumumkan oleh syarikat penerbitan teater muzikal tersebut, Enfiniti (M) Sdn Bhd menerusi hantaran terkini di laman Instagram mereka. “Kepada […]