Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 24, 2019 @ 7:18pm

Hael Husaini Jadi Pengganti?

Umum tahu, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah lama menarik diri dari menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL).

Apa yang menarik perhatian apabila warganet mula berteka teki mengenai calon yang layak untuk mengganti beliau sekiranya lagu nyanyiannya Anta Permana layak ke peringkat separuh akhir.

Sementara itu, komposer lagu berkenaan, Hael Husaini menafikan dia bakal menggantikan tempat Siti Nurhaliza dan masih belum memutuskan siapa yang bakal menyanyikan lagu itu nanti.

“Lagu Anta Permana dihadiahkan kepada Siti. Lagu itu saya cipta hanya untuk Siti. Kami masih lagi berbincang untuk mencari siapa yang layak atau boleh menyanyikan lagu itu. InsyaAllah jika sudah ada keputusan nanti kita akan beritahu. Saya fikir biar pihak Siti sendiri yang beritahu,” katanya di dalam temubual bersama Harian Metro.  
 
Terdahulu, Siti pernah menyuarakan pendapat bahawa dia merasakan penyanyi lagu ‘Ku Bersuara’, Ernie Zakri paling layak untuk menyanyikan lagu tersebut memandangkan vokalnya yang mantap dan mampu membawa lagu balada dan tradisional dengan baik. 

Menurut Siti, pencalonan Muzik-Muzik dan seterusnya pertandingan AJL adalah pertandingan memilih lagu yang terbaik, jadi tidak menjadi isu siapakah yang membawa lagu tersebut asalkan kedua-dua komposer iaitu Hael dan Ezra Kong, dapat memilih penyanyi yang sesuai.

Memetik laporan portal Harian Metro, Hael berkata dia tidak ralat dan menghormati keputusan Siti untuk tidak bertanding tetapi dia tetap merasakan hanya Siti yang boleh menyanyikan lagu itu kerana setiap lagu yang dicipta adalah ‘nyawa dan jiwa penyanyi itu sendiri’. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Sep 2024
Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Featured Thu, 19 Jun 2025

Baru 4 Bulan Nikah, Isteri Fikry Ibrahim Fail Cerai

Pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim mengejutkan ramai pihak apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan dilaporkan memfailkan cerai

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Zara Zya Bercinta Dengan Hafreez Adam?

Sebelum ini, Hafreez terlebih dahulu secara terbuka berkongsi mengenai hubungan cintanya bersama pelakon dan penyanyi ini. Dan, dalam masa yang sama Zara Zya turut mengharapkan peminat mendoakan jodoh dan perhubungan mereka

error: Content is protected !!