Hiburan By: SGMS Faida September 25, 2019 @ 2:50pm

Harap Perkahwinan Kali Ke Tiga Kekal, Radhi OAG Cari Calon Isteri!

Vokalis kumpulan OAG, Radhi Razali mengaku belum serik untuk berkahwin lagi meskipun dua kali gagal dalam perkahwinan.

Akui Radhi ketika ditemui di sidang media Malam Amal Pengasih yang berlangsung di Persatuan Pengasih, dia tidak menjadikan kegagalan perkahwinan terdahulu sebagai alasan untuk tidak meneruskan kehidupan.

“Siapa yang tidak mahu hidup bahagia? Saya sedia berkahwin untuk kali ketiga namun seandainya saya bertemu jodoh semula, saya mempunyai kriteria spesifik kali ini.

“Saya impikan (bakal isteri) wanita itu mempunyai pegangan agama yang kuat dan kalau boleh saya mahu berkahwin dengan wanita berpurdah,” akuinya jujur.

Kata penyanyi berusia 41 tahun ini, dia berdoa perkahwinan kali ketiga ini kekal sehingga akhir hayat.

 “Kalau boleh jika saya melangkah ke jinjang pelamin buat kali ketiga, saya harap ia akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Dua kali bercerai sebelum ini dan kalau boleh tak nak perkara sama berulang lagi.

“Saya sedar untuk mencari wanita berpurdah zaman ini, bukan mudah. Lepas ini kalau boleh saya hanya ingin bercakap mengenai hal kerjaya dan tidak mahu terlalu bercerita tentang hal rumah tangga,” katanya.

Radhi sebelum ini telah disahkan bercerai dengan isterinya, Nur Syahira Ayu Zahiri pada 25 Mac lalu. Pasangan ini berkahwin pada 14 April 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.

Sebelum ini Radhi pernah berkahwin dengan pelakon, Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia 14 tahun.

Sumber gambar: Instagram firdausho

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Jan 2020
Featured Mon, 25 Mar 2024

Artis Veteran Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi Direman 4 Hari

Alamak, siapakah gerangan artis veteran merangkap komposer itu???

Featured Sat, 27 Apr 2024
Hiburan Tue, 23 Apr 2019

15 Tahun Ke Udara, Ketuk-Ketuk Ramadan Bakal Tamat Bersiaran

Pengarah Bahagian Program TV RTM, Norliza Mohd Ali, mahu program masakan popular di TV1, Ketuk-Ketuk Ramadan diteruskan walaupun penerbitnya, JS Pictures akan menamatkannya selepas 15 tahun bersiaran pada Ramadan ini. “RTM tiada hasrat untuk menggugurkan […]

Hiburan Sun, 9 Dec 2018
Featured Mon, 20 Mar 2023
Featured Tue, 16 May 2023
Featured Mon, 4 Sep 2023
Hiburan Tue, 19 Nov 2019