Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 27, 2019 @ 12:30pm

Alami Masalah Turun Darah, Abby Abadi Jalani Pembedahan

Pelakon Abby Abadi ditahan di wad seterusnya terpaksa menjalani pembedahan akibat masalah turun darah.

Hal ini dimaklumkan oleh bekas suaminya, pelakon Norman Hakim menerusi laman Instagramnya, hari ini.

Menurut Norman, dia memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan Abby.

“ALLAHU…saya terpaksa share sebab saya nak merayu kepada semua mohon doakan keselamatan kedua-dua,mama & baby dalam kandungan.

“Mummy bagitahu baru dapat msg@call dari Abah @jaiezzany (panggilan suami Abby) beritahu yang Mama @abby_abadi112 turun darah. Kemungkinan besar kena operate untuk selamatkan nyawa ibu dan anak,” tulisnya.

Tidak lama kemudian, dalam entri berlainan, Norman dimaklumkan oleh suami kepada Abby, Muhammad Faizal Zakari bahawa Abby telah dibawa ke bilik pembedahan.

“Mohon ampunkan segala dosa mama @abby_abadi112 sekiranya ada supaya dapat dipermudahkan segalanya…BISMILLAH,” tulisnya.

 
 
 
View this post on Instagram

Mohon ampunkan segala dosa mama @abby_abadi112 sekiranya ada supaya dapat dipermudahkan segalanya??????BISMILLAH

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Abby pernah berkahwin dengan aktor, Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2008.

Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Faizal Zakari pada 14 Ogos 2015.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Jul 2019
Hiburan Wed, 12 Jun 2019

Ujian Buat Abang, Azwan Ali Harap Azmin Terus Kuat

Azwan Ali mengaku tak terkejut apabila melihat video-video berkenaan.

Featured Tue, 1 Apr 2025
Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Adik ‘Langkah Bendul’, Uqasha Senrose Tak Ralat

mungkin sudah sampai jodohnya, saya ok sahaja.

Featured Fri, 18 Apr 2025

“Mohon Jaga Batas, Saya Akan Selesaikan Isu Rumah Tangga Secara Peribadi”- Marissa Dania Hakim

Kata Marissa, dia sendiri terkejut melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh  ibu, suami dan beberapa pihak lain.

error: Content is protected !!