Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal September 20, 2019 @ 1:26pm

Gemar Selfie Maut Sewaktu Sedang Mandi

Seorang akauntan terkenal dengan gemar berswafoto di dalam tandas maut setelah telefon pintarnya yang sedang dicas terjatuh ketika wanita itu sedang mandi.

Mangsa yang berusia 26 tahun maut ditempat kejadian selepas terkena renjatan elektrik akibat telefonnya yang jatuh ke dalam air.

Mayat mangsa ditemui ibunya beberapa minit kemudian.

Berikutan itu, rakan-rakannya memuat naik gambar mangsa ke laman sosial mereka dengan ucapan takziah.

“Bersemadi dengan tenang.. tidur dengan nyenyak. Awak sentiasa di hati kami. Telefon saya esok dan katakan ini semua mimpi, bukan kebenaran,” kata salah seorang rakannya.

“Awak seorang yang sangat ceria.. tidurlah dengan nyenyak,” kata rakannya yang lain.

Sebelum ini, seorang gadis berusia 15 tahun maut setelah menggunakan telefon yang dicas ketika sedang mandi.

Sumber: The Sun

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Terima Kasih, Tulus!

Persembahan dua jam yang tak cukup bagi kami, rugi tau bagi anda yang tak hadir malam tadi. Cukup luar biasa… Datang lagi ya Tulus!

Hiburan Tue, 6 Feb 2024

Izzue Islam & Forteen Bersatu Kembali Dalam ‘Noktah Epilog Cinta’

Ini bukan berdua bersatu dah ni, ini berempat bersatu!

Featured Fri, 20 Jun 2025
Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Featured Sun, 16 Feb 2025
Hiburan Fri, 31 Jan 2020

Vicha Takut Dengan Lelaki?

Semoga bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih baik, Vicha…

error: Content is protected !!