Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal September 13, 2019 @ 10:58am

Polis Buru Individu Yang Hina Institusi Diraja

Polis sedang mengesan beberapa individu yang terlibat dalam penghinaan institusi beraja yang berlaku beberapa hari ini di laman Twitter milik Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima satu laporan berhubung kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sosial Twitter.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata dalam satu kenyataan di sini malam ini, susulan itu, PDRM telah membuka siasatan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan 1948, oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, JSJ Bukit Aman.

Media tempatan melaporkan ekoran kejadian itu Tunku Azizah telah menyahaktif akaun Twitter rasmi milik baginda, sehingga ia menjadi tular di media sosial.

Malah, ada yang mendakwa bahawa Tuanku Permaisuri menyahaktifkan akaun Twitternya disebabkan ada segelintir individu yang tidak senang dan mengeluarkan kata-kata hina tentang perkongsian baginda.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Oct 2025

Anna Jobling Nafi Guna ‘Cable’ Baim Wong Untuk Berlakon Filem – “Tak Ada Istilah Ambil Kesempatan, Itu Rezeki”

Menurut Anna, peluang yang diterima adalah hasil usaha dan rezeki, bukan kerana hubungan peribadi atau keistimewaan tertentu.

Trending Sat, 21 Dec 2019
Featured Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Keluarga Fattah Amin Terima Baik Kehadiran Amira Othman – “Mereka Restu & Sukakan Dia”

Keluarga Fattah Amin suka dan merestui hubungan bersama Amira Othman

Hiburan Thu, 13 Feb 2025
Hiburan Thu, 4 Jan 2024
error: Content is protected !!