Euforia Bola 2026
FESYEN By: Del14 September 26, 2019 @ 8:00pm

Nabila Razali Pandai Bawa Diri – Jasmin Hamid

Pelakon hebat yang mencipta nama dari zaman 90an, Jasmiah Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Jasmin Hamid ini masih aktif berlakon sehingga kini. 

Terbaharu, beliau digandingkan dengan penyanyi lagu Pematah Hati, Nabila Razali dalam satu drama bersiri bertajuk Pesan Pada Hati, arahan terakhir Allahyarham Raja Ahmad Alauddin yang turut menampilkan Shukri Yahaya dan Chacha Maembong sebagai tunggak utama. 

 

Jasmin memuji sikap dan komitmen yang diberikan penyanyi itu kerana menurutnya ada segelintir pelakon baru yang bersikap seperti acuh tak acuh di lokasi penggambaran. 

View this post on Instagram

Suka dan selesa dengan Si Cantik Manis @nabila.razali ni.. Pandai bawa diri sebagai seorang pelakon walaupun beliau seorang penyanyi.. TAK DIVA LANGSUNG ?.. Kami pelakon ni macam family. Kena bergaul untuk dapat chemistry.. Baru ada rasa bila berlakon bersama. Bukan buat hal masing-masing. Lepas tu bila masuk set, keras gejung … Berlakon kena jujur dengan watak. Bukan syok sendiri.. Watak tak perlukan popularity seseorang tapi kejujuran dalam watak.. Semoga @nabila.razali akan terus sukses dalam bidang yang di ceburi.. Jadi resmi padi. Makin berisi, makin menunduk.. Hebat Bukan? #artismalaysia #pelakonmalaysia #penyanyimalaysia #friends #moviemaking #hebatbukan #terimakasihallah #pesanpadahati

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

“Dia pandai membawa diri, walaupun bermula dalam industri hiburan sebagai penyanyi.  Dia langsung tidak menunjukkan sikap diva.

“Sebagai pelakon, kami bekerja tidak ubah seperti sebuah keluarga dan perlu bergaul untuk mendapatkan keserasian.  Hanya dari situ, baru ada ‘rasa’ apabila berlakon bersama-sama.

“Pelakon tidak boleh buat hal masing-masing kerana nanti apabila masuk set, keras dan kaku.  Pelakon perlu jujur dengan watak dan bukan hanya ‘syok sendiri’ kerana menzahirkan karakter tida memerlukan populariti, sebaliknya keikhlasan.

“Dengan sikap positif yang dimilikinya itu, saya percaya Nabila akan terus berjaya dalam bidang yang diceburi,” katanya.

Sebelum ini, Jasmin pernah meluahkan rasa kesalnya dengan sikap segelintir pelakon baharu yang terlalu sibuk dengan media sosial di lokasi penggambaran sehingga menjejaskan kualiti kerja mereka. Jasmin juga menasihatkan pelakon generasi baharu supaya lebih serius dan fokus kepada kerjaya dan tidak terlalu ghairah mengumpul pengikut di media sosia. 

Drama bersiri Pesan Pada Hati terbitan Pena Creative Pictures ini akan menemui penonton menerusi slot Lestary di TV3. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Feb 2024

Elizabeth Tan Alami Pendarahan Hidung 4 Jam Tanpa Henti Gara-Gara…

Uish lama tu sampai 4 jam! Kalau min dah panic dah 😰

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

“BEDAH T***K TAK SIAP LAGI KE,” NETIZEN SINDIR SAFIEY ILLIAS

Adakah 31 Disember ini akan memberikan satu lagi perkhabaran bahawa Safiey Ilias akan bertukar semula menjadi “Sofea Ilias” atau sebaliknya?

Featured Thu, 12 Jan 2023

Gara-Gara Berimej Mewah, Didakwa ‘Ditaja’ VVIP… Ini Respons Lia Natalia

Betul ke ‘ditaja’? Ini jawapan tuan empunya badan

Hiburan Thu, 21 Aug 2025

Serba Putih Macam Pengantin, Amira Othman Dipuji Semakin Berseri – “Ini Betul-Betul Vibes Nak Nikah!”

Amira Othman berseri macam pengantin, netizen wish till jannah dengan Fattah Amin

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Featured Fri, 14 Apr 2023
error: Content is protected !!