Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 7, 2019 @ 9:44am

Tahniah…Neelofa Menang Lagi, Kali Ini Di Monte Carlo Pula!

Pencapaian selebriti, Neelofa di dalam bidang perniagaan seharusnya dijadikan contoh oleh golongan usahawan muda masa kini.

Ini kerana, Neelofa yang merupakan pengasas jenama Naelofar, sekali lagi diiktiraf dalam sebuah lagi anugerah berprestij.

Kali ini, Neelofa dipilih sebagai penerima anugerah Entrepreneur menerusi Influencer Awards 2019 Monaco yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco.

Neelofa berkata, beliau berasa sangat teruja diiktiraf menerusi anugerah berkenaan memandangkan setiap penerima yang terpilih dipilih oleh juri dan calon-calon setiap kategori datang daripada seluruh dunia.

“Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan teruja menerima anugerah ini.

“Memandangkan pemilihan setiap penerima anugerah dibuat berdasarkan penilaian juri dari New York, Los Angeles, Perancis dan negara Timur Tengah, ia membuatkan anugerah ini bertambah istimewa,” katanya.

Menurut Neelofa, bisnes hijab yang diusahakan sejak 2014 dan prioritinya terhadap modest fashion telah membuka peluang untuknya mengembara dan memperkenalkan Malaysia ke persada dunia.

“Saya sendiri tidak sangka diberikan pengiktirafan sebegini rupa. Bermula dengan perniagaan kasut secara kecil-kecilan di rumah membawa kepada kewujudan jenama Naelofar, pengiktirafan ini merupakan titik tertinggi dalam karier bisnes saya setakat ini.

“Sejujurnya, saya berasa sangat bertuah memandangkan bisnes hijab ini mampu menjadi platform buat saya memperkenalkan negara kita dan modest fashion kepada orang luar,” katanya lagi.

Influencer Awards 2019 Monaco merupakan penganjuran kedua selepas diadakan dengan jayanya pada tahun lalu.

Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Puteri Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.

Influencer Awards 2018 Monaco diadakan pada 7 Oktober 2018 di Hotel Meridien Beach Plaza, Monte Carlo. Sebanyak 27 anugerah telah diserahkan pada majlis tersebut.

Antara pemenang pada majlis tersebut termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer). Tahniah Lofa!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Fri, 9 Nov 2018

Raja Mukhriz Bengang 7ujuh Jadi Mangsa Muat Turun Haram

Semudah telefon dan lambong ayat “aku tak jadi buat tapi aku ambik idea engkau ya bro” aku percaya engkau dan rakan rakan engkau sama species semua ke laut!

Events Fri, 29 Dec 2017
Featured Fri, 13 Feb 2026

Hafiz Suip Selamat Melangsungkan Perkahwinan Kali Kedua

Penyanyi bersuara lunak, Hafiz Suip selamat melangsungkan perkahwinan kali keduanya bersama suri pilihan hati yang dikenali sebagai, Fiona.

Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Panas! Fattah Amin Bengang Netizen Salahkan Fazura

Didakwa isteri Fattah Amin, Nur Fazura adalah penyebab kelab peminat The Fa Team dibubarkan. Apa kes ni?

Featured Fri, 16 Jan 2026

“Kami Tak Dapat Nak Ubah Size & Wajah Kami” – ‘Stuck’ Dicop Pelakon Kanak-Kanak, Sweet Qismina Simpati Nasib Mia Sara

Kata Sweet, industri hiburan seharusnya lebih terbuka untuk memberi peluang dan menerima pelakon-pelakon yang dicop cilik ini untuk melakonkan pelbagai watak.

error: Content is protected !!