Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 8, 2019 @ 1:33pm

Tolak Jadi ‘Mangsa’ Depresi…Ini Cara Aman RA

Sebelum ini penyanyi Haqiem Rusli pernah membuat pengakuan berdepan dengan masalah depresi sehingga memaksanya untuk ‘bercuti’ sementara dari menggunakan media sosial.

Apa yang mengejutkan, rakan duetnya dalam lagu Jatuh Bangun, penyanyi Aman RA turut membuat pengakuan pernah berdepan dengan masalah sama beberapa tahun lalu.

“Saya pernah harung depression sekitar tahun 2011-2013. Arwah mak saya ada Bi-Polar. Dia meninggal dunia ketika umur saya 26 tahun, dan saya hanya kenal Mama saya yang sakit.

“Dengar cerita, dia seorang yang sangat sporting dan caring. Tapi, sepanjang saya kenal Mama saya, walaupun saya tahu dia tengah harung perjuangan dia, dia banyak biarkan diri jadi mangsa keadaan,” kongsinya di Instagram. 

Tambah Aman, dia pernah berjanji sebelum ini untuk tidak mahu lagi menjadi salah seorang ‘mangsa’ depresi. Atas sebab itu, dia cenderung menghasilkan lagu yang menyuntik semangat dalam diri pendengar. 

“Rasanya saya tulis untuk diri sendiri dulu. Sebagai peringatan. Terima kasih kerana sudi kongsi lagu- lagu saya dengan orang-orang sekeliling anda,” katanya. 

Masalah depresi semakin hangat dibincangkan pada masa ini. Harus ingat, menjadi selebriti kegilaan ramai bukan jaminan mereka terselamat daripada mengalami depresi.

Sebelum Haqiem dan Aman RA, pelakon Nazim Othman melalui Instagramnya juga pernah memberitahu dia mengalami masalah tersebut sewaktu berusia sekitar 13 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Jun 2026

“Suara Sumbang Ke Apa, Yang Penting Rajin” – Sharifah Shahirah Beri Semangat Pada Auddra & Airra

Shahirah atau mesra disapa Shiera menasihatkan anak-anaknya agar terus berusaha

Hiburan Fri, 1 Aug 2025
Featured Sat, 11 Oct 2025

Syamel Kembali Dengan ‘Beribu Tanda Tanya’, Lagu Sarat Emosi & Penuh Makna

Kata Syamel, lagu baharunya ini adalah tentang persoalan yang banyak memeblenggu fikiran dan hati seseorang.

Hiburan Sun, 11 Jan 2026

Hero Drama ‘Doa Yang Terlindung’ Dikecam, Fasha Sandha Minta Netizen Beri Peluang Kepada Firdaus Karim

Fasha Sandha mempertahankan gandingannya dalam drama bersiri Doa Yang Terlindung.

Hiburan Fri, 9 Feb 2024
Hiburan Fri, 23 Mar 2018

Video Muzik Di Matamu Sufian Suhaimi Buat Netizen Sebak!

Muzik video yang baru sahaja dilancarkan pada 23 Mac, pada jam 9 pagi tadi berjaya menjadi trending pada kedudukan nombor 11 dan telah mendapat 608,052 jumlah tontonan di Youtube

Hiburan Mon, 18 Mar 2024

Isu Khalwat, Rakan Baik Yakin Ruhainies Tak Buat Perkara Terkutuk – “Kini Dia Lebih Banyak Diam”

‘Dia seorang yang baik, sopan-santun dan lemah-lembut…’ – Rakan baik Ruhainies

error: Content is protected !!