Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 24, 2022 @ 1:59pm

Pelan Perlindungan Insurans Sehingga RM10,000 Akibat Kematian Isi Rumah – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan kini akan menyediakan Pelan Perlindungan Insurans buat Isi Rumah (IR) yang kehilangan punca pendapatan akibat kematian isi rumah.

Peruntukan yang dibelanjakan untuk Pelan Perlindungan ini adalah sebanyak RM 13.4 juta setahun.

Beliau berkata, setiap isi rumah akan menerima RM10,000 melibatkan kira-kira 268,000 keluarga miskin yang berdaftar dalam ekasih.

Menurutnya, tahap sosioekonomi Keluarga Malaysia perlu ditingkatkan dengan memberi nilai tambah dan tumpuan kepada Program Peningkatan Pendapatan bagi Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin dan Miskin Tegar yang berdaftar dalam eKasih.

Ini kerana, ia sekaligus dapat membantu bahkan memantapkan agenda perlindungan sosial untuk mencapai sasaran miskin tegar sifar menjelang tahun 2025 seperti dihasratkan Kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-12.

“Setiap isi rumah akan menerima RM10,000 dengan peruntukan sebanyak RM13.4 juta setahun.

“Selain itu mesyuarat juga bersetuju agar Malaysia Productivity Corporation (MPC) diberi tanggungjawab menerajui Jawatankuasa Kerja Memodenkan Subsidi Bagi Meningkatkan Produktiviti.

” Pandemik Covid-19 telah menyedarkan semua pihak tentang kelemahan sistem perlindungan sosial kebanyakan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia,” katanya.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Mar 2023
Featured Wed, 28 Sep 2022

Tular Video Selawat Bersama Farhatul Fairuzah: “Banyak Lagi Kena Belajar Ni” – Siti Nurhaliza

Ya Allah, merdunya Siti Nurhaliza dengan Ustazah Farhatul berselawat 🥰🥰 Banyak kali min repeat 🤩

Featured Mon, 4 Oct 2021
Featured Thu, 19 Oct 2023
Featured Wed, 1 Feb 2023
error: Content is protected !!