Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 11, 2024 @ 1:56pm

Muncul Dalam ‘Babak Yang Dibuang’ Aku Bukan Ustazah, Ramai Rindu Shera Aiyob Berlakon – “Bini Omar Ke Tu?”

Pelakon Shera Aiyob telah meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat kemunculannya ketika mempromosikan sebuah produk makanan tempatan bersama suaminya, Zahiril Adzim.

Dalam perkongsian yang tular di TikTok itu, Zahiril telah melakonkan semula babak Omar memukul isterinya, Aminah yang dijayakan menerusi drama Aku Bukan Ustazah.

Namun, Shera yang memainkan watak sebagai ejen produk makanan tersebut secara tidak langsung telah menjadi penyelamat keadaan sekali gus meraih perhatian ramai.

“Babak yang dibuang,” tulisnya.

@pakmatwesterncafee Babak yang dibuang 🥲#akubukanustazah #fyp #foryou ♬ original sound – Pakmatwesterncafee

Teruja melihat penampilan istimewa aktres itu, rata-rata warganet meluahkan rasa rindu untuk melihat Shera kembali berlakon.

“Shera Aiyob comeback.

“Dah lama tak tengok Shera Aiyob berlakon. Mantap Pak Mat.

“Inilah wife sebenarnya dia. Dulu pelakon juga. Sekarang suri rumah sepenuh masa rasanya.

“Lama tak tengok Shera Aiyob berlakon,” komen warganet.

Sekadar info, Zahiril telah menjayakan watak sebagai Doktor Omar menerusi drama TV3 Aku Bukan Ustazah yang bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi.

Selain Zahiril, drama itu juga dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti MK K-Clique, Erysha Emyra, Haneesya Hanee, Shaza Bae, Qistina Khaled, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.

Orang ramai boleh menonton drama Aku Bukan Ustazah menerusi slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Jumaat, 7 malam atau secara strim di aplikasi Tonton.

Artikel Berkaitan: Watak Omar Undang Kecaman, Zahiril Adzim Selamba Reka Plot Twist Drama ‘Aku Bukan Ustazah’ – “Dia Dah Pakai Ace Card”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 27 Jul 2021

“Single Ini 5 Kali Bertukar Versi” – Fattah Amin Ambil Masa Setahun Siapkan Lagu Hamba

Pelakon dan penyanyi Fattah Amin kini muncul dengan single terbaharu berjudul Hamba bersama penyanyi rap Kmy Kmo. Mengambil masa setahun untuk menyiapkan karya ini, Fattah juga tidak berkesempatan bertemu dengan Kmy kerana kekangan Perintah Kawalan […]

Trending Thu, 10 Sep 2020

Balu Abam Puas Hati, Pembahagian Harta Berdasarkan Hukum Syarak

Semoga urusan kedua belah pihak baik-baik sahaja.

Drama Wed, 25 Feb 2026

3 Drama Paling Panas, 3 Ujian Hati Paling Berat… Sepanjang Ramadan Hanya di TV3

Kerana Cinta Itu Dusta, Khianat Yang Terpilih & Bila Cinta Menjadi Dosa bakal menghangatkan Ramadan di TV3!

Hiburan Wed, 9 May 2018

Akui Sudah Putus, Hefny Tak Masuk Campur Hal Uqasha

Hubungan diantara Hefny Sahad bersama aktres cantik, Uqasha Senrose terputus sejak awal tahun lagi dan tidak ingin masuk campur hal Uqasha

Featured Sun, 10 Oct 2021

Rentas Negeri Dibenarkan Mulai Esok Buat Semua

Kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula esok. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pergerakan itu boleh dilakukan tanpa memerlukan kebenaran Polis […]

error: Content is protected !!