Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syafiqa Irdina October 10, 2019 @ 10:12am

Dapat Banyak Tawaran Mengacara Di Negara Seberang, Uyaina Arshad Tak Lupa Diri

Uyaina Arshad atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Binti Arshad semakin menempa nama dalam bidang pengacaraan mahupun lakonan.

Pemenang Puteri Muslimah Asia 2018 ini berkata, sejak memenangi gelaran juara dalam Puteri Muslimah Asia tahun lalu, dia kini diberi peluang untuk mengacarakan pelbagai program di Indonesia.

 

 

Selepas mengendalikan Nona selama 2 tahun, Uyaina sempat menonjolkan bakatnya dalam bidang lakonan menerusi drama Curi-Curi Cinta sebelum mendapat tawaran mengacara di Indonesia menerusi Program Puteri Muslimah Indonesia 2019 dan Akademi Sahur Indonesia 2019.

Menurutnya, peluang yang datang adalah rezeki yang tidak mungkin beliau sia-siakan kerana, bukan senang untuk mendapat peluang ini lagi.

“Terkini, saya mendapat tawaran dari Indosiar untuk mengendalikan rancangan Golden Memories Indonesia 2019. Alhamdulillah peluang dan rezeki ini hadir tetapi saya akan tumpukan terhadap bidang pengacaraan terlebih dahulu.” kata Uyaina.

Xtra doakan semoga Uyaina akan terus sukses dalam karier. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 9 Aug 2018

Ada Cara Baik, Jangan Terus Hukum Golongan LGBT

Antaranya ialah usaha untuk mendekati mereka, berdialog, memberi kefahaman Islam yang sebenar dan memberi hak asasi sama seperti rakyat Malaysia lain. Namun, dalam masa sama kita kena perjelaskan sebenarnya Islam ini adalah agama fitrah.

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Jue Aziz Sah Sudah Bercerai

Jue berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal kini sah bercerai

Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Hiburan Tue, 18 Feb 2025

Fattah Amin Tinggalkan Emoji Hati Biru di Hantaran Amira Othman, Peminat Makin Tak Keruan!

Fattah Amin secara terbuka meninggalkan komen emoji biru di IG Amira Othman cetus pelbagai reaksi

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

BUKAN PEMALAS EH! – NORA DANISH

Nora mengakui bahawa kehamilannya pada kali ini amat berbeza jika dibandingkan dengan pengalamannya ketika mengandungkan anak sulungnya, Putra Rayqal sembilan tahun yang lalu

error: Content is protected !!