Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 October 15, 2019 @ 2:17pm

Gambar Zul Ariffin dan Intan Najuwa Berpeluk, “Tunang Tak Jeles Ke?”

Bukan calang-calang..walaupun baharu berusia 22 tahun, tetapi pelakon bernama Intan Najuwa binti Abdul Wahid ini sudahpun digandingkan dengan dua  pelakon yang lebih senior, yang digelar Hero Malaya, iaitu Remy Ishak dan Zul Ariffin!

Pada 2017, Intan digandingkan dengan Remy dalam drama Kekasih Paksa Rela, dan kini dia bergandingan dengan Zul Ariffin pula di dalam drama Setelahku Dimiliki yang akan ditayangkan di Slot Akasia, TV3 tak lama lagi. 

Namun, yang menjadi isu di kalangan netizen sekarang ni adalah gambar yang diambil Intan dan Zul bagi mempromosikan drama tersebut yang dianggap sedikit keterlaluan dan tidak manis terutama sekali kerana Intan sudah pun menjadi tunangan orang. 

Gambar yang dimuatnaik dalam akaun instagramnya bagi mempromosikan drama tersebut, memperlihatkan Intan dan Zul duduk begitu rapat dan Zul merangkul pinggang dan meletakkan tangan di atas peha pelakon berbadan kecil itu.

Terdahulu, Intan pernah dihentam apabila memuat naik gambar didukung pelakon, Idris Khan juga demi mempromosikan drama lakonan mereka, Tuan Danial. 

 
 
 
View this post on Instagram

Good morning! Eh dah kat kl rupanya, ingatkan kat Langkawi lagi ? #SetelahKuDimiliki @setelahkudimiliki @tv3malaysia @dramasangat

A post shared by Intan Najuwa, 22 (@intannajuwa) on

 

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang meluahkan rasa cemburu melihat pelakon, Sangkar itu begitu mesra dengan Intan, di dalam foto tersebut.

“@zul_ariffin tangan tu kat peha cikgu tu kenapa! jelas ar camni..”

“@zul_ariffin baby jangan noty!!! I am watching you!!”

“weyyy…jeles weyyyy….” 

Ada pula yang menegur Intan kerana seolah-olah tidak menjaga adabnya sebagai tunangan orang, dan senang disentuh oleh mana-mana lelaki.

 “Untungnya berlakon. Boleh bercuti, boleh naik bot, boleh ‘Angkat-angkat’, boleh “Pegang Peha” mmm”

“Kesian la tunang kau macam ni”

“Jagalah status sebagai tunang orang walaupun tunang tu ok di pegang, di dukung”

 

Pelakon ini mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan dari negeri Jelapang Padi bernama Razrul Anwar Rusli berusia 38 tahun, Ogos lalu. 

Apa-apa pun sudah tentu Intan pernah berbincang hal ini dengan tunang dan ahli keluarganya dan mereka pun faham situasinya itu.  

Kemungkinan Intan juga dah jelaskan bahawa ia hanya tuntutan kerja dan tidak lebih dari itu.  

Kepada mereka yang tak sabar nak menonton gandingan istimewa Zul Ariffin dan Intan Najuwa ini, jangan lupa saksikan Setelahku Dimiliki di Slot Akasia, TV3 apabila ia ditayangkan ya? 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Sep 2019

Luahan Rasa Tya Arifin Untuk Suami Buat Warganet ‘Cair’

Kehidupan pasangan pelakon dan penyanyi Indonesia, Tya Arifin bersama keluarga sering menjadi perhatian ramai. Apa lagi selepas mewujudkan channel Youtube sendiri, aktiviti harian menantu kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini dikagumi penonton bukan […]

Featured Wed, 27 Nov 2024

Individu Wanita Dedah Jadi Skandal Penyanyi Terkenal?

Individu wanita berusia 26 tahun mengaku jalin hubungan cinta bersama penyanyi terkenal.

Hiburan Wed, 26 Mar 2025

[VIDEO] Mahu Husnul Khatimah, Siti Nurhaliza Pasang Impian Menetap Di Makkah – “Saya Boleh Tumpukan Pada Kerja Amal”

Siti Nurhaliza pasang niat kerana Allah swt, mahu menetap di Makkah fokus kerja amal

Featured Mon, 21 Apr 2025
Hiburan Wed, 11 Sep 2024
Featured Mon, 25 Nov 2024

Famili Duo 4: Ramai Dapat Standing Ovation, Tomok & Sharul Kamal Kembali Rampas Takhta! Jom Semak Markah Penuh Peserta

Rata-rata peserta mendapat standing ovation dan perfect 10 untuk minggu kelima.

Featured Fri, 28 Mar 2025

“Allah Tak Pernah Tinggal Saya Meski Saya Lupa Dia”- Nora Danish

Menurut pelakon jelita, Nora Danish, kini hala tujunya sudah berbeza iaitu mahu mengejar cinta dan syurga Allah.

error: Content is protected !!