Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 23, 2019 @ 2:41pm

Gabungan Lil J, Allan D, MK Dalam ‘IMSO’

Arena muzik hip hop tempatan nampaknya mara semula dengan munculnya ramai bakat baru dan lama yang gigih mengeluarkan produk-produk muzik berkualiti.

Tidak ketinggalan melakukan perkara yang sama, tiga bintang hip hop muda Lil J, Alan D serta MK tampil dengan persembahan terbaru mereka lewat single hebat yang berjudul ‘IMSO’.

Untuk pertama kali, tiga bintang ini bergabung demi memberikan sebuah bingkisan istimewa buat pencinta muzik genre tersebut.

Digubah oleh Ming serta Dll, lagu ini menampilkan lirik di dalam Bahasa Inggeris dan Melayu nukilan Lil J, Allan D dan MK sendiri. Ia membawa pesanan positif yang mendorong pendengar untuk sentiasa bekerja keras dan tidak putus asa demi mengejar impian serta cita-cita.

Lebih menarik lagi, lagu ini menampilkan keharmonian berbilang kaum yang semestinya sinonim dengan budaya serta imej Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk.

Malah lagu ini juga bakal muncul dengan sebuah video muzik hebat yang telah melalui proses penggambaran di Sabah.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,“Sekali lagi artis muda Lil J tampil dengan single terbaru yang memenuhi cipta rasa pencinta muzik tempatan, IMSO hasil gabungan mantap Alan D dan MK.

“Menarik tentang lagu ini, pembikinan video muzik dilakukan di Sabah dimana kami menerapkan keindahan pulau pulau dan gunung-ganang. Diharapkan lagu IMSO mendapat tempat di dalam hati peminat dan pencinta muzik tempatan .” katanya. 

Lagu ‘IMSO’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Video lirik dan muzik lagu ‘IMSO’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 3 Feb 2018

Priyanka Chopra Bakal ‘Bridesmaid’ Meghan & Putera Harry?

Bintang Bollywood ini yang juga bekas Ratu Cantik Dunia 2000 khabarnya akan menemankan rakan baiknya, pelakon Meghan Markel, 37, sebagai pengiring pengantin pada majlis perkahwinan  Meghan dengan Putera Harry, 34

Hiburan Fri, 1 Nov 2024
Hiburan Tue, 28 Apr 2026

Cik B Respons Persembahan Beremosi Dikritik ‘Cringe’ – “Benda Itu Tak Dibuat-Buat”

Cik B menjelaskan tindakannya di atas pentas bukan sesuatu yang dilakonkan, sebaliknya berlaku secara spontan.

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Ejen Ali Misi: Optimum Gegar Sunway Pyramid Hingga Ahad Ini!

Jom sertai Ejen Ali Misi: Optimum minggu ni!

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

《娱协30》新人造势活动 429金河轰动登场

《娱协30》新人推荐奖候选人将于4月29日(星期日)下午3时,在金河广场大厅举办《娱协30》新人10强造势活动;出席的新人包括Ribbon黄若熙、Alycia、Hanz郭文翰、车志立、Morris彭进成以及Danny许佳麟。

error: Content is protected !!