Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 October 22, 2019 @ 11:57pm

NICO G Pertaruhkan KGB, Tampil Dengan Imej Lebih Ghetto!

Siapa sangka sudah tiga dekad kumpulan NICO bertapak di dalam industri muzik Malaysia.  Walaupun industri hiburan kini jauh berbeza, NICO tampil dengan penjenamaan baharu dengan memperkenalkan diri mereka sebagai NICO G dan mempersembahkan album berjudul ‘Black Edition’ kepada peminat perintis irama Hip Hop ini. 

Album kelima kumpulan NICO G diterbitkan buat pertama kalinya di bawah syarikat mereka sendiri iaitu NICO G Entertainment dan memuatkan enam buah lagu koloborasi antara NICO G dengan enam orang komposer sambil mengekalkan lirik berbentuk nasihat seperti lagu mereka terdahulu ‘Inilah Nasibku’ cuma dalam konsep yang lebih ‘ghetto‘. 

KGB, singkatan bagi Kampung Baru, dicipta secara bersama oleh ketiga-tiga ahli kumpulan NICO G iaitu MD Nico, Dino G dan Affa dengan seorang produser, komposer juga rapper yang dikenali sebagai SXPH manakala lirik adalah hasil kreativiti NICO G, SXPH dan seorang rapper baru, Daniel Rafique yang menggunakan nama pena DelaFlare. 

Bukan itu sahaja, album ‘Black Edition’ turut memuatkan lagu berjudul Siaga, yang membawa maksud siap sedia, sebuah lagu ciptaan bersama NICO G, dengan Sabbala, KC dan Muariffah, yang merupakan anggota kumpulan Hip Hop tempatan bernama Lawalah Familia. 

Video Muzik KGB oleh NICO G boleh ditonton di saluran YouTube. Klik saja link di bawah!

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

“Terima Kasih Pada Peminat “- Followers Alif Satar Cecah 2 Juta!

Tahniah sekali lagi Alif Satar, Tak sabar nak Alif dan Sherry dalam AJL33 nanti!

Featured Tue, 17 Oct 2023

Mahu Puteri Sarah Bahagia, Patimah Ismail Titip Doa – “Mama Reda Pemergian Mu”

Sedihnya! Datin sayang sangat dekat Puteri Sarah ni🤧🤧🤧

Featured Fri, 4 Jul 2025

Gara‑Gara Sebiji Epal, Umie Aida Didenda RM1,000 Di New Zealand

Kata Umie, pada awalnya dia tidak membawa apa-apa makanan kerana mahu memudahkan urusannya di kaunter imigresen.

Events Fri, 15 Jul 2022
Featured Fri, 13 Sep 2024
Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Saling Tidak Mengikuti Di Instagram, Netizen Spekulasi Rumah Tangga Risteena & Isa Khan Goyah?

Pasangan Risteena dan Isa Khan sekali lagi mencuri perhatian tidak mengikuti di Instagram

error: Content is protected !!