Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syafiqa Irdina November 1, 2019 @ 9:36pm

Acara Karpet Merah, Siapa Yang Lebih ‘Mantul’ Tahun Ini?

Anugerah Skrin 2019 atau ASK 2019 yang berlangsung pada malam ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) adalah anugerah yang mengangkat karya terbaik dalam penerbitan televisyen dan filem.

Anugerah ini bukan sahaja sebagai platform di mana selebriti dan pengkarya meraikan kemenangan masing-masing tetapi pada masa yang sama penonton juga dapat melihat artis favourite mereka menggayakan busana hasil rekaan pereka terkenal tanah air.

Acara karpet merah ASK 2019 kali ini menampilkan Sean LJE dan Nina Nadira sebagai pengacara menerusi TV3 bermula jam 8.30 hingga 9 malam.

Jom kita lihat siapa agaknyan yang paling menonjol di red carpet tahun ini!

 

 
 
 

 

Memandangkan ASK 2019 merupakan anugerah yang lebih kasual daripada anugerah lain, kita dapat lihat artis yang tampil di acara kerpet merah simple tetapi elegan. Antaranya, Mia Ahmad, Michael Ang, Mawi, Zara Zya, Zizan Razak dan ramai lagi!

Oh ya! Sebanyak 30 kategori dipertandingkan pada ASK 2019 tahun ini yang terdiri daripada 14 kategori drama,  7 kategori filem serta 9 kategori bukan drama dan teknikal.

Istimewanya ASK 2019 kali ini, penonton tidak akan jemu melihat wajah pengacara yang sama sepanjang acara ini berlangsung! Ini kerana, pentas ASK 2019 bakal diserikan dengan pasangan selebriti popular tanah air sebagai host ASK2019 pada tahun ini.

Jangan lupa terus saksikan ASK2019 di depan kaca televisyen korang atau boleh saksikan secara live strim di www.tonton.com.my, atau TV3 Official Malaysia, atau di LIVE TV www.xtra.com.my 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Dec 2022

[VIDEO] Dikritik Gemuk Punca Dini Schatzmann Lari, Janna Nick Terus Bersenam! – “Kita Ni Jenis Cepat Kembang Kecut..”

Jahatnya mulut!! Kesian Janna.. Dah nak masuk 2023 ni gais berhentilah bodyshaming 😌

Hiburan Thu, 11 Jan 2018

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal Di Korea

Walaupun sibuk berkerja tetapi tidak pernah lupa untuk mengembirakan anak-anak dengan membawa mereka bercuti

Hiburan Sun, 14 Jul 2024
Trending Hari Ini Mon, 3 Aug 2020

Lima Sekolah Di Kedah Ditutup Serta-Merta

Lima buah sekolah di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap di Kedah yang dikaitkan dengan kluster PUI Sivagangga diarah tutup bermula hari ini sehingga 29 Ogos depan. Tindakan itu diambil oleh kerajaan negeri dalam usaha […]

Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Events Tue, 14 Mar 2023
error: Content is protected !!